Laporan akhbar Sinar Harian pada semalam dengan tajuk - "MB Mahu Lawan Calon Setaraf" menggambarkan seolah-olah BN tiada calon yang layak untuk mencabarnya di Pelabuhan Klang.
Kenapakah begitu sekali sikap Khalid Ibrahim yang terlalu takbur dan terlalu yakin akan menang di Pelabuhan Klang sedangkan gagal sebagai wakil rakyat di Ijok?
Untuk pengetahuan, tindakan Khalid Ibrahim bertanding di Pelabuhan Klang adalah kerana gelombang penolakan oleh rakyat dan ahli PKR terhadap beliau di Ijok, bekas kawasan yang ditandinginya.
Kini demi mempertahankan kuasa, beliau lari dan memilih kawasan yang dirasakan adalah kawasan selamat dan peluang menang adalah tinggi. Lebih buruk, cuba memperlekehkan calon BN di Dun Pelabuhan Klang.
Siapan Calon BN di Pelabuhan Klang?
BN Selangor telah mempertaruhkan Tuan Hj. Nasaruddin Dato M. Zin sebagai calon untuk mencabar Khalid Ibrahim di Pelabuhan Klang.
Sebagai bekas Ahli Perniagaan yang berjaya, Haji Nasaruddin adalah calon terbaik untuk menghukum kesombongan Khalid Ibrahim.
Selain itu, Hj Nasaruddin juga merupakan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi penggal 2011 - 2013. Beliau juga merupakan ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) negeri Selangor.
Jadi yang penting adalah penduduk dan pengundi di Pelabuhan Klang untuk membuat keputusan. Masalah yang membelenggu penduduk di Ijok wajar dijadikan teladan oleh pengundi di Pelabuhan Klang.
Jangan ulang kesilapan yang sama. Percayalah, pemilihan Hj Nasruddin sebagai calon BN di Dun Pelabuhan Klang adalah calon terbaik untuk rakyat di sana.
No comments:
Post a Comment