Wednesday 17 April 2013

Mengapa Mustafa takut buat laporan polis?


Lajnah Tatatertib Pas menasihatkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali supaya membuat laporan polis terhadap penyebaran video seks yang didakwa telah menjatuhkan maruah pemimpin tersebut.

Pengerusi Lajnah, Datuk Wan Mutalib Embong berkata, pihaknya hanya boleh memainkan peranan dalam isu video seks itu sekiranya menerima aduan atau laporan polis daripada individu yang terbabit.

Katanya, Mustafa perlu segera membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan seterusnya terutama dari sudut perundangan diambil.

"Beliau (Mustafa) perlu buat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan, ini pandangan sayalah. Beliau boleh buat laporan polis antaranya kerana dakwaan terhadapnya telah menjatuhkan maruahnya.

"Ikut perundangan dan tatatertib, kalau beliau mendapati telah difitnah, beliau boleh ambil tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Wan Mutalib menyatakan perkara itu sebagai reaksi kepada kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din agar Lajnah Tatatertib Pas memainkan peranan dalam isu rakaman video seks berkenaan yang kini tersebar di internet.

Dr. Haron berkata, lajnah berkenaan yang diketuai Wan Mutalib perlu melihat sekiranya wajar atau sebaliknya kes tersebut dibawa untuk perhatian kepimpinan tertinggi parti.

Diminta mengulas lanjut, Wan Mutalib berkata: "Memang betul, saya sebagai Pengerusi Lajnah akan bertindak sebagai hakim yang akan menjatuhkan hukuman tetapi dari segi undang-undang dan tatatertib, kena ada orang yang bawa kes, barulah boleh bicara.

"Kalau nak disiplinkan orang, mestilah ada peraturannya. Ada prosedurnya yang perlu dipatuhi, bermula dengan aduan, siasatan dijalankan dan dipanggil ke jawatankuasa tatatertib untuk proses selanjutnya sebelum akhirnya, saya yang akan beritahu arahan (hukuman)."

Wan Mutalib yang enggan mengulas lanjut berkaitan isu tersebut walau bagaimanapun berkata, beliau hanya mengetahui tentang video itu setelah disiarkan oleh media.-UMO

No comments:

Post a Comment