Apa yang besar benar jasanya sehingga pihak tertinggi terpaksa memberi kerusi Parlimen Kuala Kangsar kepadanya? Sekalipun pada awal nya ditawarkan seat DUN untuk nya tetapi ditolak! Kenapa di tolak. Khabarnya dia ikut standardnya sepatutnya Parlimen bukan DUN. Bila percarturan dah dibuat sebaliknya menolak untuk bertanding di tiket DUN,
Sebaik diumumkan kepada semua nama calon, ketika itu juga ler dia mula melompatjasa dan paling kecoh boleh pulak kalau tak disenaraikan di Parlimen dah boleh pulak bertanding di DUN pulak, malangnya itu selepas pengumuman calon dan tentunya agak sukar bila semua pempinan BN telah akur dengan pucuk pimpinan tetiba disebabkan dia BN terpaksa meminda nama calon semula, tak terfikir kah dia yang bukan dia sorang jer yang berjasa, apakah kami seperti Bloggers disini tidak berjasa?
Apapun bloggers PCT juga sebelum ini juga merasa terkilan dengan beliau yang penak berkata jika mahukan duit pegilah kerja sedangkan bloggers yang hadir dengan hati yang terbuka cuba mengeratkan saf perang siber dikawasan beliau, ayat yangpernah dikatakan sehingga kini masih menjadi terbuku dihati seolah dihina begitu sekali, apakah dia jet yang berjasa dan bloggers khasnya PCY tak berjasa? Dimana dia semasa kita dinerakakan selama 11 bulan sehingga kembali ke tangan BN semula, dia ada ker semasa semua peristiwa ini berlaku, dia tak nampak kah berapa ramai bloggers yang berkorban demi Barisan Nasional? Dimana dia bila kejadian seperti ini dari mula 2008 lagi? Apakah kami tak berjasa?
hari ini TS Mahyudin Yasin sebagai Timbalan Presiden juga telah memaklumkan bahawa tindakan pecat serta merta dan keahlian dalam UMNO sudah tentunya disetujui ramai termasuk ahli UMNO diseluruh Malaysia. Difahamkan juga ada khabar angin dia akan berjumpa dengan Kak ONE, elok ler mengadu kat dia, lakinya pun tak terbela inikannak bagi nasihat dia… Kekeke lntaknya yong, bior dema rasakan macamana payah nya nak jadi pemimpin…
Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.
Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.
Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.
“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.
Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.
“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.
Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.
Beliau, bagaimanapun berkata akan ‘berjuang habis-habisan’ walaupun tidak terpilih di saat akhir.
“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.
“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.
Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.
“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.
“Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.
“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh BN dalam PRU13.
Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut.
Sumber: PRU13 sekupang dua.
No comments:
Post a Comment