Tindakan tidak bertanggungjawab itu mencemarkan pemandangan kerana pelekat-pelekat itu umpama iklan haram 'Along' yang telah dibersihkan oleh pihak perbandaran sebelum ini.
Menurut sumber, pelekat atau 'sticker' itu adalah bertujuan menunjukkan tanda sokongan kepada wakil rakyat sekarang supaya terus menjadi calon kepada pakatan haram di Kuala Langat.
'Sticker' itu dikatakan ditampal oleh penyokong-penyokong wakil rakyat itu sebagai bantahan terhadap ura-ura pemimpin mereka tidak dicalonkan semula.
Isunya di sini, walaupun ghairah berpolitik, kemudahan awam dan fasiliti usah dijadikan mangsa. Ini kerana, ada 'sticker' turut ditampal pada papan tanda yang pasti akan mengganggu pengguna jalan raya.
Selanjutnya, sila layari laman blog pemudatelokdatok.blogspot.com
No comments:
Post a Comment