Monday 11 February 2013

Kenapa saya berlakon klip video Tahun Baru Cina...? - Najib


najib-iklan

Menjelang pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi,Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyembunyikan azamnya untuk menawan balik hati pengundi kaum Cina yang didakwa lebih condong kepada pembangkang kerana hasutan dan mainan pelbagai sentimen.

Bagi Perdana Menteri sokongan semua kaum sangat penting dalam usaha untuk membina sebuah negara yang utuh dan berjaya.

Dan...pada sambutan Tahun Baru Cina tahun ini,buat pertama kali orang nombor satu dalam pentabiran negara muncul sendiri sebagai pelakon dalam sebuah iklan klip video sempena perayaan itu.
Kisah disebalik kemunculan Najib dalam klip video itu timbul semasa beliau menghadiri majlis Tahun Baru Cina bersama petugas media Pulau Pinang di sebuah hotel di Georgetown Ahad malam.
Asalnya Perdana Menteri tidak dijadualkan berucap di majlis itu.
Sebelum itu klip video berdurasi kurang satu minit itu Najib membuat penampilan khas dengan memalu gendang tradisional Cina ditayang semasa majlis berkenaan.
Beliau yang kemudiannya naik ke pentas untuk berucap ringkas, antara lain menyentuh tentang penglibatannya dalam penghasilan klip video itu.
najib-iklan2

Katanya beliau mahu membuat kelainan pada sambutan perayaan itu tahun ini.
Perdana menteri berkata klip video itu juga sebagai tanda penghargaan dan hormat terhadap kebudayaan masyarakat Cina di negara ini.

Oleh itu beliau juga mahu setiap masyarakat agar saling menghormati budaya setiap kaum.
"Tadi kita tengok video yang sangat berlainan daripada biasa, mungkin ada yang bertanya kenapa saya buat video ini. Sebabnya ialah saya mahu buat kelainan tahun ini.
"Ia memberi mesej kepada kaum Cina bahawa saya menghormati budaya Cina. Seperti mana anda juga harus menghormati budaya Melayu, anda juga harus menghormati budaya India... kita juga harus menghormati budaya Cina," katanya.
Perdana Menteri juga secara berjenaka memberitahu ada berlatih sikit cara untuk palu gendang berkenaan.
najib-iklan3

Najib juga menegaskan beliau mahu bersama dengan masyarakat di Pulau Pinang kerana umpama permata, negeri ini penting.
"Saya berjanji kepada rakyat Pulau Pinang, kami mahu menangani masalah perumahan dan lalu lintas di Pulau Pinang. Percayalah, janji ini janji ditepati," katanya.
Pada majlis itu Najib meluangkan masa beramah mesra bersama kira-kira 300 pengamal media, penyelaras dan ketua bahagian Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang.
 
Najib yang diiringi Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow memulakan majlis dengan menggaul yee sang bersama wakil media.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan barisan pemimpin BN.
Selepas majlis itu Najib telah membuat tinjuan mesra sekitar Persiaran Gurney yang terletak depan hotel berkenaan.
Beliau meramah mesra khususnya dengan orangramai di kawasan gerai makan yang terletak di hujung persiaran itu.

Kawasan berkenaan popular dikalangan rakyat tempatan dan pelancong.
Perdana menteri yang dalam rangka lawatan dua hari ke Pulau Pinang, turut  menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kapitan Keling, sebelum beredar ke kedai Nasi Kandar Beratur bagi menikmati nasi kandar popular di Pulau Pinang yang terletak bersebelah masjid berkenaan.
Pada Isnin, beliau dijadual menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, disusuli dengan majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran BN Pulau Pinang yang dijangka dihadiri kira-kira 80,000 orang.
Pelbagai acara diatur sepanjang majlis itu berlangsung termasuk persembahan penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah dan penyanyi popular Korea Psy.

sumber : AgendaDaily

No comments:

Post a Comment