Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya terkenal dengan kezuhudannya, biarpun zuhud itu hanya bertopeng, namun masih ramai yang percaya bahawa beliau seorang yang benar-benar zuhud.
Pada Januari tahun lalu Gk pernah mendedahkan mengenai misteri bangunan batu dibelakang rumah Nik Aziz, namun terdapat ramai pentaksub yang menafikan akan wujudnya bangunan batu tersebut, tidak kurang juga yang mendakwa bangunan itu adalah asrama pelajar tahfiz serta pelbagai lagi penafian yang diada-adakan demi membela Tok Guru mereka.
Demi menyatakan kebenaran, misi khas membongkar penipuan Nik Aziz yang berlagak zuhud dengan mendakwa hanya tinggal dirumah papan itu dilancarkan bersama rakan-rakan, pada mulanya cakap-cakap mengenai pentaksub sanggup mati kerana Nik Aziz agak menggetarkan kami jika kami kantoi semasa membuat tinjauan, begitu juga dengan jin peliharaan Nik Aziz yang sentiasa mengawasi kediamannya.
Setelah kami berbincang, apapun berlaku kami nekad untuk meneruskan niat suci ini, bersemangatkan mencari kebenaran, dan yakin Allah bersama orang-orang yang benar, perasaan takut dan gugup hilang secara tiba-tiba, lantas kami terus ke lokasi dan mencuba beberapa lorong bagi mengenal pasti kedudukan bahagian belakang rumah Nik Aziz. Alamak seriuslah pulak misi ni ya. Hahaha, janji puas...
Bukan apa, tak salah jika Nik Aziz atas kapasiti beliau seorang Menteri Besar untuk beliau tinggal dibanglo mewah sekalipun, cuma yang duk jaja cerita kata Nik Aziz ni tinggal rumah papan tu apa ke hellnya. Apa ke jadahnya nak menipu zuhud dan berlagak alim ? Nik Aziz suka sangat dirakamkan lakonan zuhudnya ditepi rumah buruk milik rakyat yang juga jirannya, tergamak sungguh si lebai kelarah ini. Kenapa perlu berlakon dan menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau seorang yang zuhud, tidak takutkah Nik Aziz akan balasan Allah Taala ?
Bagaimanapun rakaman video dibawah hanyalah intro rakaman suara ketika bertanyakan budak-budak yang tinggal berhampiran dengan rumah Nik Aziz, gambaran sebenar belakang rumahnya akan di upload pada masa yang sesuai nanti, buat pentaksub, terimalah kebenaran seadanya sekalipun ia pahit, tiada gunanya memaki hamun demi kerana si tua lebai kelarah itu, kerana tidak ada yang istimewa selain dari lakonan alim untuk memperdaya umat Islam agar menyokong Pas.
Cerita yang menggambarkan kononnya Nik Aziz ni zuhud, keramat dan alim adalah rekayasa orang-orang kanan Nik Aziz semata-mata, hakikat sebenar Nik Aziz hanyalah seorang pelakon yang mempergunakan agama untuk kepentingan politik.
Kesimpulannya, seluruh kehidupan Nik Aziz dihabiskan dipentas lakonan zuhud, sepanjang masa jurugambar medianya mengaturkan pentas lakonan sebagaimana gambar diatas, kononnya Nik Aziz sedang membersihkan sekitar halaman rumahnya, sedangkan rumah kayu yang nampak itu bukan rumahnya, rumah beliau yang sebenar berada dibelakang rumah kayu itu, untuk lebih jelas perhatikan dimana kubah masjid, dan rumah Nik Aziz bersambung dengan masjid, namun kenapa gambar Nik Aziz diambil berlatarbelakangkan rumah jirannya dan diomong sebagai Nik Aziz sedang membersihkan halaman rumahnya sendiri.
Diulangi sekali lagi bahawa tidak salah untuk Nik Aziz tinggal dirumah banglo, tetapi kenapa perlu MENIPU mengatakan tinggal dirumah kayu ? Kalau nak zuhud, zuhudlah betul-betul, sampai bila nak menipu ni ? Semakin lama semakin akan terbongkar siapa sebenarnya Nik Aziz. Anda Mampu Mengubahnya.
Sumber: Gelombang Kick
No comments:
Post a Comment