Tiada apa lagi yang boleh aku cakap. Cuma SATU sahaja.
Kepada PAS Kelantan, kalau dah nak KANTOI gadai tanah tu, jangan SPIN isu!! Ini
ada detail pasal sidang media yang berlangsung pagi tadi:
TARIKH DAN MASA: 1 April 2013 @ 10 Pagi
TEMPAT: Sutera Inn Cafe, Hotel Sutera Inn Prima, Kota Bharu.
TUJUAN: Kerana Timbalan Menteri Besar Kelantan telah
mengeluarkan kenyataan di dalam Sinar Harian (17/03/2013) yang menyatakan
bahawa gambar yang disiarkan adalah hasil dari pencantuman 2 gambar yang
berlainan tempat (superimpose) untuk mengelirukan rakyat.
TINDAKAN: Dato Ahmad Yakob juga diminta untuk memohon maaf
di atas keceluparan dan beliau dituntut supaya membayar ganti rugi sebanyak RM1
juta di atas fitnah yang disebarkan yang menyebabkan reputasi dan kreadibiliti
Wan Khairul Ihsan terjejas.
Saudara Wan Khairul Ihsan menunjukkan gambar yang dikatakan
telah di 'Superimpose' untuk mengelirukan rakyat seperti yang didakwa Timbalan
MB Kelantan.
Kenyataan oleh Saudara Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad:
"Dalam laporan tersebut, Ahmad menuduh saya telah
mencantumkan dua gambar dari tempat berasingan untuk mengelirukan rakyat,
sedangkan saya sudah jelaskan lebih awal bahawa gambar-gambar ini diambil
menggunakan teknologi terkini dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS)
yang memberikan koordinat serta lokasi tepat setiap gambar kita rakamkan.
Gambar ini juga telah diserahkan kepada pihak pakar untuk
dianalisa berdasarkan kelengkapan yang kita gunakan. Untuk apa saya berbohong,
ini adalah isu rakyat dan kita dedahkan kerana mahu kerajaan negeri mengambil
tindakan secepat mungkin menyelesaikannya. Tanah adalah hak rakyat dan bukannya
hak pemimpin Pas.
Saya telah meminta pihak peguam supaya menghantar notis
permohonan maaf kepada Ahmad, jika beliau enggan memohon maaf kita akan
mengambil tindakan undang-undang kerana kenyataannya telah menyebabkan
pandangan buruk rakyat negeri ini terutama rakan-rakan serta ahli keluarga
terhadap saya, ia amat memberi kesan"
No comments:
Post a Comment