Tuesday 16 April 2013

NIK AZIZ BATALKAN SIDANG AKHBAR, ADAKAH KERANA MUSTAPHA ALI



Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyindir tindakan sebahagian media yang lebih berminat melaporkan berita tentang keadaan beliau yang terpaksa didukung kerana keletihan, daripada laporan tentang isi kandungan ceramahnya di Johor semalam.
Sindiran itu dibuat semasa beliau berucap pada majlis pelancaran sebuah buku di sini hari ini dan selepas selesai acara itu, persidangan akhbar yang dijadual diadakan Nik Aziz dibatalkan pula pada saat-saat akhir.
Menteri Besar Kelantan itu pada mulanya bersetuju untuk mengadakan sidang akhbar setelah beliau selesai di acara jamuan, namun apabila masuk semula ke ruangan di mana para wartawan sedang menunggu, beliau telah memaklumkan kepada penganjur untuk membatalkan sidang akhbar itu.
Nik Aziz sebelum itu melancarkan buku tentang kepimpinannya berjudul ‘Bicara Ini Demi Ilahi’ di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini.
Akhbar hari ini melaporkan Nik Aziz terpaksa didukung sejauh 100 meter dari tapak ceramah ke Masjid Jamek Parit Besar di Batu Pahat, semalam, kerana keletihan.
Persoalan timbul kerana isu Setiausaha Agung PAS yang amat perit ditelan itu sukar untuk dijawab sekiranya ditanya oleh para wartawan yang sedang menunggu. Langkah terbaik ialah mebatalkan sidan akhbar.

No comments:

Post a Comment