Lim Kit Siang Wajib Jelas Isu Penipuan Pemilihan CEC DAP
Cuba anda tanya para penjenayah dan penjahat dalam dunia ini, siapakah yang bersalah atas kesalahan yang mereka lakukan? Mereka pasti jawab orang lain yang bersalah atas kesalahan jenayah mereka. Begitu juga pemimpin pakatan haram, segala zina, liwat , langgar orang, rasuah yang PAKATAN HARAM lakukan kerana salah Barisan Nasional. Begitu retorik sekali sikap penjenayah.
Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju dan juga bekas ahli DAP Wee Choo Keong mendesak Lim Kit Siang jelaskan isu-isu yang timbul berikutan skandal pemilihan CEC DAP Disember tahun lepas.
DAP dikatakan membisu walaupun pelbagai protes dan pendedahan dibuat oleh ahli-ahli parti itu sendiri dari seluruh negara.
Wee juga hairan kenapa Datuk S Ambiga tidak mempersoalkan ketidakadilan dalam pemilihan CEC DAP sedangkan BERSIH kerap mengkritik urusan pilihanraya di negara ini.
Lim Kit Siang bapa komunis Malaysia ini tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya, Lim Guan Eng gagal melaksanakan tugas sebagai Setiausaha Agung parti itu. Kit Siang gemar menyalahkan pihak lain seperti UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhubung kemelut pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, sedangkan masalah itu sebenarnya berpunca daripada kegagalan Setiausaha Agung parti mereka sendiri.
pemimpin lain lebih layak memegang jawatan Setiausaha Agung DAP seperti Teng Chang Kim, Chow Kon Yeow dan Ngeh Koo Ham dibandingkan dengan Guan Eng.
Sementara itu Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, A David Dass, dilaporkan membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berikutan keengganan pimpinan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC sehingga menyebabkan ramai ahli DAP kecewa.
Dalam pemilihan CEC yang lepas, 753 tak layak undi , hanya 1,823 daripada 2,576 perwakilan DAP yang layak mengundi, dijemput menghadiri CEC pada Disember tahun lalu, sekali gus menimbulkan persoalan kenapa baki 753 perwakilan terkecuali daripada senarai layak mengundi.
Hamdan berkata, mengapa Guan Eng enggan mengeluarkan notis jemputan mesyuarat kepada 753 perwakilan, adakah dia (Guan Eng) ada merujuk kepada bapanya sebelum persidangan CEC tahun lalu.
Sekiranya ROS menggantung pendaftaran DAP mereka dikatakan akan bertanding di bawah tiket PAS.Maka benarlah selama ini PAS memang menjadi ‘tunggangan’ DAP dengan mengikut telunjuk mereka seperti yang berlaku di Perak dulu.
Rakyat Malaysia harus sedar bahawa haram mengundi DAP , PAS dan PKR. Maka mari kita pastikan undi kita ini halal.
No comments:
Post a Comment