MKP mendapat berita ala gempak mengatakan Guan Eng abang
besar kat Pulau Pinang mengamuk pada Salleh Man. Gambar diatas adalah sidang
media sebentar tadi. sidang media tanpa kehadiran Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang,
Datuk Mohd. Salleh Man dan Datuk Mansor Othman (Naib Presiden PKR merangkap
Pengerusi PKR Negeri) menggamit pelbagai tanda tanya. Apa dah jadi takkan dah
jadi dalcha sampai macam nie..
Ketiadaan kedua-dua pemimpin itu ekoran polemik pertandingan
tiga penjuru DUN Sungai Acheh yang membabitkan kedua-dua parti itu..
Mohd. Salleh mengumumkan Yusni sebagai calon malam tadi di
Markaz PAS negeri, Pongsu Seribu semalam. Manakala, Mansor mengumumkan
che'GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin sebagai calon sehari
lebih awal dari PAS.
Mansor diwakili oleh Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Datuk
Abdul Halim Hussein. Manakala, Mohd. Salleh diwakili oleh dua Timbalan
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Taqiudin Hamzah dan Mohd Fauzi Yusoff serta Mohd.
Noor Harun (Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang).
Kalau mengikut komen-komen penyokong tegar pakatan haram di
Malaysiakini..rata-ratanya memilih Chegu Bard berbanding Yusni Mat Piah...
Sebabnya Chegu Bard dah membuktikan pengorbanan dan jasanya
terhadap Anwar dan pakatan haram..tapi Yusni Mat Piah buat apa?? Duduk dalam kain
Salleh Man..Langsung tak membantu pakatan haram dalam nak menawan Putrajaya..
No comments:
Post a Comment