Monday 1 April 2013

GEMPAR!!! CINCIN RM24 JUTA MILIK ROSMAH MANSOR TELAH DITEMUI!!! NAK SEMBANG APA LAGI LEPAS NIH?



Rosmah Mansor telah bersumpah yang dia tidak memiliki cincin RM24 juta seperti yang cuba ditohmahkan oleh Rafizi Ramli, Chegu Bard, Anwar Ibrahim dan bala tentera Pakatan Rakyat yang lain. Malangnya, segala sumpah Rosmah tidak terpakai, bahkan lebih banyak pula cerita yang tidak berbukti dan berfakta dibentangkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.

Menariknya, walaupun tanpa bukti, cakap-cakap kosong, fantasi luar biasa dan angan-angan yang sangat tinggi, para pecacai Pakatan Rakyat amat percaya dan mengimaninya. Walaupun diberikan pelbagai bukti, fakta dan pengakuan serta sumpah dari pihak Rosmah Mansor, haram tak satu pun terpakai sebab yang bercakap kata Rosmah beli cincin RM24 juta adalah Anwar Ibrahim.

Satu penemuan mengejutkan telah berlaku!

Dan kali ini, para pemimpin Pakatan Rakyat yang seringkali menegaskan bahawa Rosmah Mansor memiliki cincin RM24 JUTA, adalah benar belaka!

Bukti bergambar ini sudah pasti tidak dapat ditolak lagi.

Inilah cincin RM24 juta yang diuar-uarkan oleh Anwar Ibrahim....

Justeru, TFK dengan ini membenarkan PARA PEMIMPIN PKR, KHUSUSNYA CHEGU BARD dan RAFIZI RAMLI untuk menggunakan gambar dalam blog ini sebagai bahan kempen menyokong tohmahan mereka bahawa Rosmah Mansor memiliki cincin RM24 juta!

Kalau pecacai Pakatan nak pakai pun, TFK izinkan dengan rela hati!!!


SUMBER

No comments:

Post a Comment