Monday, 8 April 2013

GANGSTERISME DAN FITNAHISME GAYA ANWAR IBRAHIM!!!



“Saya pelawa debat dengan Najib dengan tertib dan sopan sepertimana debat saya bersama Datuk Shabery Chik suatu ketika dahulu.


“Hujah perlu dilawan dengan hujah bagi membuktikan kerasionalan dan fakta. Bukan dengan gangsterisme dan vandalisme yang kini jadi amalan Umno BN.
“Pakatan Rakyat akan tunjukkan cara terbaik bagaimana untuk berakhlak mulia dan mentadbir negara,” katanya pada program ramah mesra dengan penduduk Kubang Semang di sini, semalam,.

Pada tazkirah Jumaat di Masjid Sama Gagah, Permatang Pauh semalam pula, Anwar meminta rakyat menolak parti dan pemimpin yang mengamal rasuah dan fitnah“Mereka yang korup, sombong serta menjadikan fitnah sebagai rutin tidak layak jadi pemimpin masyarakat atau negara. Sebagai pemimpin, mesti tunjukkan adab dan akhlak baik untuk dicontohi rakyat.


“Amalan akhlak buruk seperti merosakkan harta benda dan mencerca bukan suruhan agama. Jadi, mereka yang memimpin dengan cara itu, tidak harus dipilih,” katanya.
Beliau kesal kerana tiada tindakan diambil pihak berkuasa walaupun aduan terhadap pelakuan ganas dan merosakkan harta benda orang lain, sudah dibuat.
“Jika mereka dibiar terus berkuasa, lambakan akhlak buruk di kalangan masyarakat akan menjadi perkara biasa. Lebih berbahaya jika anak muda jadikan amalan itu lumrah kehidupan mereka sehari-hari,” katanya.


Suara Keadilan...

Kah kah..kah kah...yeob!! mintak nyawa kah!! kah!! guling2 yeob oiii..mende ler lawak ko ni ..yeob oiii

Gitu namanya tazkirah...nak tunjuk cara yg terbaik bagaimana berakhlak mulia dan mentadbir negara!! kah kah...akhlak mulia..kah kah...

Gangsterism dan vandalism ..amalan UMNO ..kah kahh....yg terbalikkan keta polis, yg berenjut2 atas keta polis..rosakkan harta2 awam kat KL ..sapa yeob oiiii!!!
Yg baring atas jalan halang kenderaan sultan...terjerit2..sapa yeob oiiii

Tapi kalau ikut nasihat Anwar ni...tul ler tu..comfirm dia nak beritahu jgn PILIH PAKATAN!!! JANGAN TAK FAHAM yeob oiiii... semua ciri2 pempin yg dia kabor semua tu ada pada PAKATAN.

Dan tak yah DEBAT2  yeob oiiii...buktikan je ler..Nak debat mende, manisfesto PRU12 pun hutang lagi masih ada muka lagi hang no..


SUMBER


No comments:

Post a Comment