Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @ Pok Nik
terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap
keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak
Islam.
Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak
memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.
Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak
Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar
Islam dalam pemerintahan.
"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan
kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau
tolak Islam.
"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang
Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.
"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak
boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak
turun Islam kepada Nabi Muhammad SWT tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak
boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika
berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.
Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada
penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.
Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena
Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan
sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar
parti itu.
Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan
persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun
sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.
Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik
Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis
solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.
Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian
menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan
Raya Umum Ke-13 ini.
"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas
lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah,
tapi beri kertas undi, undi Pas.
"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain
pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita
nak ajar dia (UMNO)," katanya. - UMO
Suara Politik
Belantan
No comments:
Post a Comment