PASIR MAS 20 April - "Saya memohon maaf kepada Presiden
UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak kerana
menarik diri daripada dicalonkan dan saya bersedia untuk menerima apa jua
hukuman."
Demikian luahan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che
Johan Che Pa selepas tidak menyerahkan borang pencalonan pada proses penamaan
calon Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi kerusi Parlimen Pasir Mas di sini pagi ini.
Tindakan Che Johan itu menyaksikan 'mentor politiknya' Datuk
Ibrahim Ali akan bertanding satu lawan satu menentang anak Mursyidul Am Pas,
Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz.
Che Johan berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi
memastikan Pas tewas di kerusi tersebut dan membantu BN mendapatkan majoriti
dua pertiga di Dewan Rakyat.
Serentak dengan itu, beliau menyeru kepada semua pihak
supaya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Ibrahim dan semua calon BN di tiga
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir, Tendong dan Chetok.
"Selepas mendapat tahu Ibrahim mencalonkan dirinya dan
saya pasti pagi tadi selepas saya melihat beliau menyerahkan borang pencalonan,
maka saya menarik diri daripada bertanding di Parlimen Pasir Mas untuk mengelak
pertandingan tiga penjuru kerana semua tahu pertembungan tiga penjuru amat
sukar untuk BN menang di sini.
"Jadi saya mengambil langkah untuk menarik diri
lebih-lebih lagi saya melawan Ibrahim yang saya anggap seperti ayah dan mentor
politik saya. Saya tidak mahu kami berdua terkorban dan dengan hati yang berat
saya menarik diri bagi memastikan Pasir Mas tidak jatuh ke tangan pembangkang
dan seterusnya membantu BN mengambil balik Kelantan," katanya kepada
pemberita pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Pasir Mas di sini hari ini
Banyak pihak melihat tindakan Che Johan merupakan pilihan
yang tepat kerana tindakan beliau bertanding akan menyebabkan berlakunya
pecahan undi diantara beliau dan Ibrahim Ali.
Situasi ini pastinya akan menguntungkan PAS.
Ramai yang percaya, jika situasi satu lawan satu di antara
Ibrahim Ali dan Nik Abduh maka peluang adalahb lebih besar untuk memihak kepada
Ibrahim.
Memandangkan sebelum ini secara terang-terangan Ibrahim Ali
telah menyatakan sokongan kepada UMNO dan BN maka, jika Ibrahim memenangi
kerusi ini pastinya akan menguntungkan BN juga.
No comments:
Post a Comment