Thursday 18 April 2013

Calon BN Ampang, Dr Rozaidah Talib Mangsa Politik Jijik Pembangkang


Pembangkang yang sedar dengan kesukaran peluang mereka untuk menyakini rakyat menjelang hari pembuangan undi 5 Mei nanti, sehubungan itu palbagai usaha sudah dilakukan sebagai jalan mudah untuk memenenangi kerusi yang ditanding antara penyebaran fitnah dan dan mencipta persepsi buruk terhadap calon Barisan Nasional. Antaran yang paling awal menerima kesan dari kerja kerja keji puak pembangkang ialah, Calon BN Ampang, Datuk Dr Rozaidah Talib. Kami cuba membentangkan fakta sebenar disebalik fitnah jahat terhadap Calon BN P99 Ampang, Datuk Dr. Rozaidah Talib.

1. Isu rumahtangga beliau adalah sesuatu yang peribadi, justeru diharap semua pihak menghormati beliau dan tidak memfitnah beliau untuk tujuan tertentu.

2. Untuk makluman. Berikut adalah fakta mengenai isu beliau : - Beliau telah bercerai bersama bekas suami beliau pada 8.7.2007. - Namun demikian, bekas suami beliau enggan utk keluar rumah walaupun selepas penceraian mereka diputuskan di mahkamah - Aduan polis terhadap keganasan suami beliau terhadap beliau juga telah dilakukan, serta permohonan perintah mahkamah utk belas suaminya keluar rumah telah dilakukan. - Bekas suaminya enggan keluar dari rumah malahan memaksanya membuka pintu bilik hingga pintu terkopak. - Demi keselamatan dirinya, beliau sendiri telah keluar dari rumah yang didiaminya dan berlindung di sebuah hotel daripada dicari dan diganggu oleh bekas suaminya. - Pada 26.8.2007 bekas suaminya dapat mengesan hotel yang didiaminya dan memaksa pintu bilik hotel untuk dibuka. Beliau hanya duduk mendiamkan diri kerana takut dikasari oleh bekas suaminya. - Bekas suaminya kemudiannya membuat laporan polis menuduh beliau dengan kenyataan "mengesyaki beliau bersama lelaki lain".

3. Tiada tangkapan khalwat sepertimana tuduhan terhadap beliau. Jelas di sini bahawa isu ini telah dimanipulasi oleh pihak tertentu sehingga menjejaskan nama baik beliau.

 4. Beliau tidak pernah ditangkap khalwat atau disabitkan dengan mana2 kesalahan berkaitan oleh Jabatan Agama Islam. Semakan boleh dilakukan terhadap mana - mana pihak Jabatan Agama untuk mengesahkan kenyataan ini.

5. Jelas beliau adalah seorang wanita yang menjadi mangsa kepada konflik rumahtangga. Lelaki yang sepatutnya melindungi, mendidiknya dengan ajaran agama dan mempertahankan kehormatan diri beliau gagal menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai seorang suami.

6. Diharap semua pihak menghormati beliau dan keluarga baru beliau yang dibina bersama Muhamed Bin Che Sulaiman dengan tidak mengungkit isu yang telah menjadi sejarah hitam dalam hidup beliau.

7. Terdapat pihak tertentu kini cuba memburukkan lagi nama beliau dengan mengedarkan gambar beliau bersama seorang lelaki. Untuk makluman, lelaki dalam gambar tersebut adalah suami beliau yang baru, Muhamed Bin Che Sulaiman. Kini mereka hidup bahagia bersama.

8. Beliau adalah seorang yg berdedikasi dalam menjalankan tugas sewaktu menjawat jawatan Ahli Parlimen Ampang untuk tempoh 2004-2008.

9. Berdasarkan track record kecemerlangan beliau sebelum ini serta latar belakang profesional beliau, Datuk Dr. Rozaidah Talib kini dipilih semula oleh BN untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga Ampang dan seluruh Rakyat di Selangor. Sayangi Selangor, Yakini BN.

Dicatat oleh BAHA AZUWAN

1 comment:

  1. Anwar dan regunya belum cukup bersih untuk menerpa dan melondeh orang lain. Anwar sendiri pernah terlondeh namun menabik dada dialah raja segala raja, tidak takut pada dosa, kekal mahu berpaut pada noda.


    Mulakan kempen dengan janji untuk berbakti, bukan naik pentas untuk menggila dan mencaci.


    ReplyDelete