Budaya samseng memang tidak boleh dipisahkan dari dasar
perjuangan puak pembangkang. Keganasan samseng puak DAP dizahirkan baru-baru
ini apabila mengupah kongsi gelap untuk memukul dan mencederakan bekas ahli DAP
Taman Nesa, Murugan A Kaliappan dan Thulasi Das Visuvalingam.
Utusan Online melaporkan Seorang bekas ahli DAP cedera di
bahagian kepala akibat dibelasah dengan topi keledar oleh sekumpulan lelaki
yang dipercayai penyokong parti pembangkang ketika meluahkan rasa tidak puas
hati terhadap kepemimpinan parti itu di Taman Nesa, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, bekas
Setiausaha Publisiti Kecil DAP Taman Desa, A.K Murugan, mengalami kecederaan di
kepala akibat dipukul bertalu-talu oleh lebih daripada tiga lelaki yang tidak
berpuas hati dengan tindakannya.
Menurut Murugan, kejadian berlaku ketika dia dan beberapa
rakan berada kira-kira 100 meter dari lokasi ceramah pembangkang.
"Ketika di sana saya bersama rakan-rakan yang lain
bertindak meluahkan rasa tidak puas hati mengenai kepimpinan parti yang tidak
prihatin dengan kaum India.
"Lokasi ceramah itu terletak berhampiran rumah, jadi
saya ambil kesempatan itu untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap
pemimpin DAP yang hanya tahu bercakap tapi tidak mengambil tindakan,"
katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Tambahnya, ketika masih berada di situ, dia didatangi
sekumpulan lelaki yang memarahinya sebelum mereka mula bertindak kasar dengan
memukulnya bertalu-talu menggunakan topi keledar.
Ekoran kejadian tersebut, dia membuat laporan polis di Balai
Polis Skudai sebelum mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital
Sultanah Aminah (HSA).
Beberapa jam sebelum kejadian, Murugan dan bekas Pengerusi
DAP Taman Saga di Kulaijaya, V. Thulasi Das bersama kira-kira 25 masyarakat
India mengadakan bantahan secara aman bagi meluahkan rasa tidak puas hati
terhadap DAP.
Bantahan itu diadakan di hadapan lokasi Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Skudai, Dr. Boo Cheng Hau bersama pemimpin pakatan mengadakan mesyuarat
membincangkan Deklarasi Gelang Patah sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
No comments:
Post a Comment