Ramai pemimpin PAS yang berlatar belakang agama rata-ratanya
sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berikutan
keraguan masing-masing atas faktor isu moral dan kerendahan moral yang
menyelubungi sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.
Golongan ini termasuklah sebahagian besar ahli Majlis Syura
Ulama PAS yang berkongsi pendapat bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi
Perdana Menteri seandainya PR berjaya menguasai Kerajaan Pusat kelak,
disebabkan pertimbangan berkaitan moral dan akhlak.
Sebaliknya mereka bersepakat hanya Presiden PAS, Abdul Hadi
Awang adalah satu-satunya calon yang sesuai.
Kecuali hanya Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS, Nik Abdul
Aziz Nik Mat sahaja yang masih meyakini Anwar disebabkan faktor dipengaruhi
oleh golongan Anwarinas dalam PAS yang mempunyai hubungan rapat dengan
Mursyidul Am PAS itu.
Sementara itu, satu sumber PAS menyatakan Ketua Umum PKR itu
telah dinasihatkan supaya mengurangkan penglibatannya dalam program anjuran PAS
terutama sekali solat hajat, munajat dan sebagainya.
Nasihat berupa larangan penuh diplomasi itu tidak lain dan
tidak bukan bertujuan untuk mengurangkan kesan mudarat dari terpalit kepada PAS
berikutan sikap liberal Anwar yang berkeras menyokong penggunaan kalimah Allah
S.W.T dalam kitab Bible oleh penganut Kristian.
Sebab itu sejak akhir-akhir ini amat jarang sekali Anwar
berpeluang memberi tazkirah di masjid atau surau yang ahli jawatankuasanya
terdiri dari kalangan penggerak akar umbi PAS, sebaliknya pemimpin utama PKR
itu lebih banyak berceramah di pentas PKR atau DAP.
Cuma sesekali sahaja Anwar dapat berceramah di pentas PAS
itu pun sekiranya ia merupakan anjuran pemimpin PAS pro Anwarinas dan sekali
sekala terpaksa menggagahkan kaki berlakon mesra sepentas dengan Presiden PAS.
Senario ini dipercayai ada kaitan rapat dengan pendirian
pemimpin-pemimpin PAS yang menguasai Majlis Syura Ulama parti itu yang semakin
merenggangkan hubungan mereka dengan Anwar.
Malah arahan dalam juga sudah dikeluarkan meminta supaya
lidah rasmi PAS, Harakah mengurangkan penampilan Anwar dalam akhbar itu, dengan
demikian PAS percaya pendekatan ini akan mengekang ketaksuban penyokong kepada
Ketua Umum PKR, sekaligus mengurangkan pengaruhnya di kalangan ahli dan
penyokong PAS.
Namun untuk melihat PAS menyuarakan larangan secara terbuka
tentunya tidak sama sekali memandangkan PAS sendiri dalam keadaan tersepit bila
mana sebahagian pemimpinnya dari golongan Anwarinas masih menguasai sebahagian
besar kepimpinan PAS di peringkat Pusat.
Anwar dipercayai menyedari keadaan ini tapi sedaya mungkin
beliau masih cuba menaruh keyakinan para penyokongnya dalam PAS mampu berbuat
sesuatu bagi menaikkan semula imejnya dikalangan penyokong dan pemimpin PAS.
Menjelang PRU 13 akan lebih banyak konflik kepentingan dan
kepercayaan antara PAS dan PKR akan terdedah kepada umum, tak mustahil selepas
PRU 13 lebih banyak konflik akan muncul dan Pakatan Rakyat (PR) bakal berkubur
sebagaimana lain-lain kerjasama sebelum ini.
No comments:
Post a Comment