Ramai yang terkejut apabila calon pilihan Anwar untuk kerusi
Parlimen Indera Mahkota telah diboo oleh penyokong PKR sendiri.Calon tersebut
ialah Datuk Fauzi Abd. Rahman yang juga Pengerusi PKR Pahang.Penyandang kerusi
tersebut ialah Azan Ismail tetapi telah ditukarkan ke Terengganu,iaitu
keputusan yang jelas tidak dipersetujui oleh akar umbi PKR.
Akar umbi tidak
bersetuju dengan calon pilihan pemimpin tertinggi sebenarnya bukanlah
pelik,malah ia hampir tidak boleh dielakkan dari berlaku di sesetengah kawasan
bagi semua parti setiap kali pilihanraya.Namun,yang menjadikannya satu isu
besar ialah tindakan penyokong PKR yang langsung tidak menghormati ‘pemimpin
Anugerah Tuhan’ iaitu,Anwar Ibrahim.
Penyokong PKR telah bertindak mengejek
Datuk Fauzi sehingga memaksa pengumuman diulang tiga kali oleh
Anwar.Khabarnya,ada juga yang bertindak meninggalkan majlis.Kita masih boleh
memahami jika mereka mengambil sikap memusuhi Datuk Fauzi,tetapi kita hairan ke
manakah hilangnya rasa hormat penyokong PKR terhadap bakal Perdana Menteri
mereka ini ???
Saya juga difahamkan bahawa akar umbi kawasan tersebut lebih
menyukai penyandang,iaitu Azan Ismail tetapi takkan ‘menyayangi Azan sehingga
sanggup memalukan Anwar’ ??? Hilangnya perasaan hormat terhadap Anwar
kemungkinan besar berpunca dari sikap kukubesi beliau yang ditunjukkan setiap
kali pemilihan parti iaitu,enggan mendengar suara akar umbi dan membuat
keputusan mengikut ‘nafsu’ sendiri.Jika Anwar tidak menghormati akar
umbi,bagaimana akar umbi boleh menghormati Anwar ???
Dari satu sudut pula,saya tidak hairan jika Anwar tidak
menghormati akar umbi kerana akar umbi PKR telah terbukti sebagai mempunyai
sikap buta tuli iaitu,menyokong Anwar tanpa mengira apa pun salahlakunya yang
telah terdedah dan terbukti.Bagi Anwar,suara orang yang akan menyokongnya walau
apapun yang berlaku atau dilakukannya,tidak perlu diberi perhatian.
Malah,Anwar
bukan sahaja tidak menghormati mereka,tetapi langsung tidak prihatin pun
mengenai nasib mereka.Anwar tidak kisah memperjudikan masa depan,malah nyawa
penyokong-penyokongnya dengan sering menyeru mereka agar melakukan rusuhan.
Sejak 1998 lagi,Anwar tidak kisah membahayakan
penyokong-penyokongnya.Malah,Anwar secara terang-terangan mengimpikan ‘Arab
Spring’ yang mana menyaksikan pertumpahan darah apabila penentang kerajaan
memberontak dan menggulingkan kerajaan sedia ada.
Apapun,kejadian di Kuantan ini
memperlihatkan bagaimana Anwar sudah hilang ‘auranya’.Anwar kini sudah menjadi
‘manusia biasa’ dan bukan lagi ‘pemimpin hebat’ di mata
penyokong-penyokongnya.Tidak mustahil,kebanyakan penyokongnya hanya menyokong
PKR kerana telah jauh terhasut agar membenci Barisan Nasional dan bukan lagi
kerana menyanjungi atau mempercayai Anwar Ibrahim.
Sekiranya ketandusan
isu,Anwar mungkin boleh mencipta isu.Tetapi jika kehilangan ‘aura’,di manakah
Anwar boleh mencarinya ??? Justeru,kalaupun Anwar menang dalam PRU kali
ini,percayalah beliau akan menjadi Perdana Menteri paling hina dan paling tidak
dihormati dalam sejarah politik dunia kerana rakyat,termasuk penyokong sendiri
sudah terlalu amat maklum siapakah dirinya yang sebenar di sebalik watak-watak
yang dipertontonkan kepada dunia
No comments:
Post a Comment