Wednesday 10 April 2013

ANWAR BERJANJI RM700 JUTA UNTUK APA??


Satu lagi janji Anwar Ibrahim yang berakhir dengan 'habuk pun tak ada'! Seperti yang kita tahu, Anwar  akan bertanding semula di Permatang Pauh, Pulau Pinang.


Sila baca :
Rakyat negeri ini tidak akan melupakan penipuan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang satu ketika dahulu pernah memungkiri janji untuk menyalurkan peruntukan RM700 juta bagi pembinaan jalan pesisir pantai Bintulu-Miri.

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perbuatan Ketua Pembangkang itu sewaktu bergelar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan sangat memalukan kerana janji itu diumumkan secara terbuka.

Katanya, sebahagian peruntukan yang dijanjikan itu hanya diterima apabila Tun Daim Zainuddin dilantik sebagai Menteri Kewangan.

"Dia membuat janji secara terbuka hendak bagi  RM700 juta tetapi satu sen pun tiada. Syukur Alhamdulillah, berkat kepimpinan Ketua Menteri dan komitmen kita, jalan pesisir itu berjaya dilaksanakan, kalau hendak tunggu Anwar mungkin tiada langsung," katanya.
Beliau yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri berkata demikian Dalam sidang akhbar berkaitan status terkini projek pembangunan di negeri ini di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Awang Tengah menasihatkan penduduk negeri ini supaya tidak meletakkan harapan kepada Anwar yang hanya pandai bercakap kerana beliau sudah banyak memungkiri janjinya.

"Banyak lagi yang dia janji dahulu di Sarawak, hendak bagi macam-macam tetapi yang kecil pun tidak ada.

"Dalam manifestonya, dia berjanji lagi tetapi hakikatnya elaun ibu tunggal yang dijanjikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor pada 2008 pun tidak mampu dibuat, sedangkan kosnya hanya berapa sangat," katanya. seterusnya
Anda baca juga deklarasi yang memalukan Anwar dan PAS : KLIK SINI


No comments:

Post a Comment