FAKTA 1 : PAS DIKUASAI ANWAR IBRAHIM
Hasan mendakwa Pas yang kini dikuasai lebih 70 peratus
kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tersasar daripada perjuangan asal
semata-mata demi kuasa politik
FAKTA 2 : PAS GADAI ISLAM DAN ALLAH DEMI KUASA
Sebagai buktinya, dedah beliau, beberapa hari sebelum
dipecat, seorang wakil Pas Pusat datang menemuinya dan meminta agar segala
penguatkuasaan bagi mencegah kemungkaran di Selangor, dikurangkan kerana
khuatir ia menjejas sokongan terhadap pembangkang.
“Datanglah wakil Pas Pusat bertemu dengan saya, suruh saya
kurangkan operasi dan penguatkuasaan (cegah maksiat). Apa dia kata, dia kata
yang penting Dr. Hasan, kita kena tawan Putrajaya dulu. Ini orang Pas yang
bercakap, masya-Allah... lillahitaala, itulah bahasanya.
FAKTA 3:PAS DAN PAKATAN TIDAK MAMPU SEBAR DAN TINGGIKAN
SYIAR ISLAM
“Di Selangor ini yang Menteri Besar orang Islam, Exco
kerajaan negeri (terdiri) lima orang Islam dan Exco agama juga orang Islam pun
tak boleh nak dilaksanakan tindakan mencegah kemungkaran, apa yang kita (Pas)
boleh buat kalau kita tawan Putrajaya?
“Saya tidak kata Putrajaya itu tidak penting tetapi jangan
sampai gadai agama. Perintah Allah kita junjung, keinginan manusia kita kelek
(usung) bukan sebaliknya seperti Pas hari ini. Keinginan siapa? Keinginan
seorang rakyat Malaysia yang terlalu nak jadi Perdana Menteri,” -Hassan Ali.
FAKTA 4: PAS "BERTOLAK ANSUR" DAN RELA UMMAH DIMURTADKAN
Hasan yang juga bekas Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam,
Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu juga mendedahkan seorang
personaliti Pas Selangor telah menasihatkan bekas Ketua Penerangan Pas
Selangor, Hasan Basri Mohd. supaya jangan bercakap soal gerakan Kristian.
Katanya, nasihat tersebut dibuat ketika Hasan Basri dan
personaliti berkenaan berceramah di pentas yang sama beberapa bulan lalu dan
bekas Ketua Penerangan Pas Selangor itu dikehendaki bercakap mengenai
demonstrasi Bersih 3 serta perlu memuji Datuk S. Ambiga.
FAKTA 5: PAS TAKUTKAN DAP BERBANDING HUKUM ALLAH SWT
Dalam pada itu, Hasan memberitahu, pemecatan beliau daripada
Pas disebabkan ‘dosanya’ menyekat penjualan arak menyekat orang berjudi di
Selangor serta tegas menyatakan yang benar itu benar, yang batil itu batil,
adalah sesuatu dibenci oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
FAKTA 6 : TIADA DEMOKRASI DALAM PAS, SIAPA TEGUR KENA
PECATWALAU PERJUANG ISLAM
“Saya dipecat tanpa ada pertuduhan bertulis sedangkan
mengikut perlembagaan parti ia wajib. Saya juga tidak diberi ruang walau
seminit untuk membela diri dan inilah kali pertama dalam sejarah Pas, parti ini
begitu drastik mahu memecat saya hanya kerana tekanan DAP dan PKR.
“Kesalahan saya bukan mencuri; bukan merompak; bukan
menggugat kepimpinan parti dan bukan isu moral. Saya tak meliwat orang,
kesalahan saya bukan kerana gila kuasa, kesalahan saya kerana melaksanakan
Enakmen Jenayah Syariah di Selangor.
FAKTA 7 : PAS RELA GADAI MASA DEPAN MAHASISWA/I DEMI BELA
PELIWAT ANWAR IBRAHIM
“Salah saya kerana membuat ulasan bukan mengenai Pas tapi
mengenai Anwar hanya kerana tidak setuju demonstrasi 9 Januari. Isu mahkamah
itu masalah peribadi, kenapa harus dibabit dengan rakyat dan mahasiswa yang
ketika itu peperiksaan sedang berlangsung,”
Yang Berhormat Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali (28 November 1947
- ) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri
Selangor kawasan Gombak Setia serta bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(Exco) Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat
Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya PAS
Selangor sehingga digugurkan pada Jun 2011 dan akhirnya dipecat pada Januari
2012.
Beliau merupakan penceramah yang hebat kerana dapat
mempengaruhi pendengar. Sebelum menceburi politik PAS pada 1999, beliau sering
menjadi penceramah dan ahli panel dan disiarkan melalui RTM1. Tokoh lain yang
menjadi penceramah ketika itu ialah Datuk Ismail Kamus dan mufti Selangor Datuk
Ishak bin Baharom.
No comments:
Post a Comment