Friday 1 February 2013

ADAKAH MEREKA INI BETUL RAKYAT MALAYSIA.....PENIPU......?



MKP berasa pelik dan musykil dengan alasan yang telah diberikan oleh Pengadu ini mendakwa sijil kelahiran anaknya hilang dan sukar mendapatkan kembali salinan sijil kelahiran. MKP pernah berdepan situasi yang sama dan tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan salinan tersebut.

Sijil Kelahiran hilang, rosak atau musnah. Bagaimana mendapatkan Salinan atau Cabutan Sijil Kelahiran?

Ibu/bapa, pemilik Sijil Kelahiran atau wakil yang sah (waris/peguam) boleh memohon Cabutan Sijil Kelahiran dengan cara :-

Datang sendiri ke mana-mana kaunter JPN yang berdekatan dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan atau salinan seterusnya mengisi Borang JPN.LM15. Bayaran tunai RM 5.00 dikenakan bagi setiap Cabutan Sijil Kelahiran.

Ibu yang baru melahirkan anak. Siapakah yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak tersebut?

Individu yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak adalah seperti berikut:-

- Bapa kanak-kanak atau;

- Ibu kanak-kanak atau;

- Orang yang tinggal serumah di mana kanak-kanak dilahirkan atau;

- Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu; atau

- Mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak.

Kanak-kanak tidak mempunyai Sijil Kelahiran dan usianya telah melebihi 42 hari.

Jika ibu/bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti bahawa kelahiran kanak-kanak tersebut benar-benar berlaku di Malaysia, boleh membuat Pemohonan Daftar Lewat Kelahiran di mana-mana kaunter JPN berhampiran.

Kelahiran kanak-kanak berlaku di luar perkahwinan/nikah (anak tak sah taraf/anak luar nikah)
(untuk orang yang bukan beragama Islam)

Maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran, kecuali dengan permohonan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak tersebut. 

Seseorang yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama  dengan ibu kanak-kanak.

Ibu/bapa ingin mengubah nama anak dalam Sijil Kelahiran.

Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai (1) setahun.

Pengadu nie mungkin gagal beberapa syarat diatas dan mustahil mendapat sijil kelahiran jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan..Yang peliknya kenapa permohonan perlu dibuat di Pulau Pinang sedangkan rekod kelahiran ada di Kuala Lumpur.MKP rasa ini adalah taktik penipuan pihak pembangkang untuk meraih simpati meraih sokongan rakyat....

MKP Ayat Sempoi : Nak tipu pun agak-agaklah Bukan semua orang bodoh macam pembangkang....

No comments:

Post a Comment