Friday, 8 February 2013

JANGAN BIARKAN PAKATAN HARAMJADAH UBAH DARUL EHSAN JADI DARUL MAKSIAT

Semenjak Selangor diterajui kerajaan Pakatan Rakyat semenjak lima tahun lalu, terlalu banyak kelemahan dan ketidakcekapan dalam urus tadbir kerajaan negeri ini terutama melibatkan soal pengurusan premis-premis sosial yang dikhuatiri meningkatkan permasalah sosial kalangan golongan muda.

Sebilangan penyokong Pakatan Pembangkang mungkin akan cuba menutup mata dan hati untuk mengakui bahawa terlalu banyak kepincangan terhadap kerajaan Selangor kini, memandangkan mereka lebih rela menelan segala kebobrokan yang berlaku berbanding mengakui bahawa Selangor sememangnya lebih baik semasa di bawah urus tadbir kerajaan Barisan Nasional.

Peningkatan rumah-rumah urut, pusat perjudian berkomputer, hotel-hotel bajet dan pusat hiburan di negeri ini dibimbangi mampu meningkatkan masalah sosial di negeri Selangor, memandangkan premis-premis ini dikunjungi golongan anak muda termasuk para pelajar sekolah.

Suasana di sebuah pusat perjudian berkomputer di Bandar Baru Bangi yang terletak cuma 1.5KM dari masjid.

Wujud dakwaan bahawa premis-premis tersebut didalangi beberapa politikus yang turut memegang jawatan dalam kerajaan negeri, disamping beberapa nama ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) juga disebut mempunyai perkaitan.

Walaupun kerajaan negeri cuba menutupi kebobrokan yang berlaku dengan menganjurkan beberapa program berunsurkan Islam termasuk memanggil penceramah "Youtube" tersohor, Ustaz Azhar Idrus dalam beberapa majlis anjuran Pakatan Pembangkang, hakikatnya masakan bangkai gajah mampu dilindung dengan nyiru.
Laporan akhbar mengenai pusat urutan di kawasan Kuala Selangor.

Kegagalan kerajaan negeri Selangor menangani peningkatan pusat sosial yang meruntuhkan akhlak membuktikan bahawa wujud "tangan-tangan ghaib" yang menghalang sebarang tindakan lanjut terhadap premis-premis ini.

Namun apabila diajukan kebimbangan rakyat terhadap keadaan ini kepada kerajaan negeri, pelbagai alasan diberikan termasuk menuding jari kepada kerajaan terdahulu yang didakwa membenarkan pelesenan beberapa premis yang disebut.



Sebenarnya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhak untuk menghalang dan tidak memperbaharui lesen premis-premis sosial seandainya premis-premis tersebut menyalahi undang-undang dan tidak mengikut syarat yang digariskan.

Malah kebanjiran hotel-hotel bajet di negeri ini terutama di kawasan berhampiran pusat pengajian tinggi menimbulkan seribu persoalan mengenai kewajaran dan kepentingan pembukaan premis tersebut. Diperhatikan juga hotel-hotel bajet ini turut menawarkan perkhidmatan sewaan bilik mengikut jam terutama kepada pasangan kekasih kalangan mahasiswa dan mahasiswa IPT. Selain itu, pasangan anak muda dikesan dengan sewenang-wenangnya menginap di hotel-hotel tersebut tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.

Operasi besar-besaran terhadap pesalah khalwat kali terakhir pun dijalankan pada Januari 2012, semasa Dato' Dr Hassan Ali masih memegang potfolio Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Kini beliau telah ditendang daripada kepimpinan negeri dan jawatan itu disandang pula Khalid Ibrahim, bukan individu selayaknya.

Menambahkan malangnya lagi, premis-premis sebegini sebenarnya di"jaga" oleh pemimpin tertentu menyebabkan tiada satu tindakan pun diambil terhadap premis tersebut memandangkan kepentingan terhadap periuk nasi pemimpin Pakatan Pembangkang adalah melebihi kepentingan untuk memastikan punca masalah sosial dapat dibendung.

Maka tidak hairanlah apabila beberapa sahabat Wak mula menamakan Selangor Darul "Maksiat" memandangkan keadaan negeri ini kini sememangnya mengalakkan aktiviti persundalan. Kerajaan Pakatan Rakyat terus menutup mata dan membiarkan premis begini terus beroperasi demi kepentingan poket pemimpin mereka. Natijahnya, kini Selangor masih memegang rekod kes pembuangan bayi tertinggi.

Seandainya kerajaan Barisan Nasional berjaya memerintah negeri Selangor semula, Wak harap isu ini akan diselesaikan segera memandangkan premis sosial sebegini lebih banyak memberikan keburukan daripada kebaikan. Sudah masanya BN membersihkan bencana yang dibawa Pakatan Pembangkang agar negeri Selangor terus diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amin!

Sumber IniGoblogPolitik

No comments:

Post a Comment