Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din telah
mengadakan perjumpaan sulit dengan Ketua Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar
Ibrahim pada malam Isnin lepas, dakwa blog
Blog yang dimiliki Mohd Sayuti Omar (MSO) itu berkata
hubungan mutakhir antara Harun dan Anwar sudah diketahui umum semakin renggang
hinggakan jarang dapat dilihat kedua-dua tokoh itu duduk atas pentas sama dalam
ceramah politik, jadi pertemuan mereka menimbulkan pelbagai persoalan.
“Gara-gara itu menyebabkan pertemuan di antara mereka berdua
menimbulkan titik soal kepada sesetengah yang mengetahuinya dan tentulah akan
menjadi persoalan umum. Apakah tujuan di sebalik pertemuan itu? Apakah ia ada
membawa misi atau agenda besar dalam Pakatan Rakyat? Atau apakah ada pencemaran
ke atas konsensus sebelum ini?
“Pada pertemuan itu Haron Din dikatakan datang bersendirian
manakala Anwar ditemani oleh seseorang yang lain mungkin untuk dijadikan saksi.
Pertemuan itu di luar rumah Anwar? Tiada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan
oleh mereka berdua selepas itu dan ini menguatkan lagi tanggapan ia amat SULIT
dan PENTING. Jangan menghiris hati sudahlah…
“Sekiranya ia atas urusan Pakatan Rakyat sudah pasti
pertemuan itu akan melibatkan salah seorang lagi wakil PR iaitu DAP. Tetapi
yang nyata tiada wakil DAP,”katanya.
MSO yang juga penulis politik pro-Anwar berkata pertemuan
itu bersifat misteri kerana tiada hebahan kepada umum, tidak seperti pertemuan
Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Pengerusi DAP, Karpal
Singh yang sengaja dihebahkan kepada umum baru-baru ini.
“Manakala apabila ia tidak ada kenyataan akhbar bersama
dikeluarkan menjadikan pertemuan itu misteri dan penuh tanda tanya. Mustahil
kalau pertemuan itu mengenai soal pembahagian kerusi kerana perkara itu sudah
dilengsaikan. Formula dipakai dalam pembahagian kerusi adalah PKR 120 atau 122,
DAP 40 dan PAS 60 atau 63.
“Apakah ia mengenai kerusi perdana menteri? Tetapi bukankah
secara lisannya Pakatan Rakyat sudah menyetujui Anwar yang akan dilantik
menjadi perdana menteri? Atau ada idea baru mengenai jawatan ini?
“Semasa muktamar PAS di Kota Bharu lalu ada beberapa
perwakilan muktamar memberi pendapat bahawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga
layak menjadi perdana menteri? Apakah mengenai perkara itu? Walaupun ia
dinafikan oleh PAS tetapi pandangan itu sesuatu yang sedap untuk diilusikan.
Kata Abdul Hadi; syok juga kalau jadi perdana menteri.
“Persoalan juga timbul apakah kedatangan Haron Din itu
membawa mesej daripada bosnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am atau
pun atas inisiatifnya sendiri? Ataupun ia adalah atas permintaan Presiden PAS,
Abdul Hadi Awang? Mungkin sebagai ketua Nik Aziz boleh mengesahkan akan
pertemuan ini dalam masa terdekat.
“Juga timbul persoalan kalau ia mesej parti, kenapa tidak
disampaikan sendiri oleh presiden atau diwakilkan kepada Setiausaha Agung,
Mustapa Ali yang dianggap layak dan bersesuaian berbanding dengan Haron Din.
Atau kerana Haron Din adalah ‘memanda tua’ maka beliau dihantar kerana Anwar
juga menghormati timbalan musryidul am PAS ini?,”katanya lagi.
-AIDC
No comments:
Post a Comment