Bantah Psy datang tapi lagu tema kempen ciplak lagu gangnam
jugak !!!
Apabila ego yang terlalu tinggi bertembung dengan perasaan
bimbang, dan keadaan terdesak, anda bolehlah menjangkakan kekecohan – di mana
minda menolak untuk memahami potensi untuk kalah, jauh sekali menerima
kekalahan.
Inilah puncanya kekecohan terjadi apabila Guan Eng telah
terpaksa menangani fakta bahawa tema kempen DAP, iaitu ‘Ubah-Rocket Style’ yang
diilhamkan dari lagu Korea nyanyian Psy yang kini menjadi fenomena, bertukar
menjadi ‘lawan’ apabila MCA menjemput penyanyi tersebut untuk membuat persembahan
di Pulau Pinang sempena meraikan Tahun Baru Cina.
Guan Eng jelas tidak dapat mengawal diri sejurus mendengar
berita tersebut lalu menyeru mereka yang merancang untuk menghadiri persembahan
itu pada Februari 11 agar memakai baju merah (sebagai menyokong DAP), kuning
(sebagai menyokong BERSIH) dan hijau (sebagai membantah Lynas). Seperti yang
dijangka, Guan Eng telah ditempelak oleh ‘orang-orangnya sendiri’ sehingga ada
yang mula mempersoalkan kewarasannya.
Masalahnya, merah adalah warna ‘bertuah’ dalam kepercayaan
kaum Cina dan sudah menjadi tradisi warna ini dipakai pada Tahun Baru Cina.
Tetapi, kalaupun itu bukan masalahnya, siapakah yang akan memikirkan politik
ketika menghadiri persembahan hiburan? Dan lagi, bukankah Guan Eng, sebagai
seorang Ketua Menteri sepatutnya menyeru rakyat agar bersatu dan mengenepikan
sentimen politik dalam menyambut Tahun Baru Cina?
Kita faham bahawa DAP telah bersusah payah melancarkan
kempen bertemakan Gangnam. Parti itu juga telah berusaha membuat rakaman video,
siap dengan pelakon yang meniru gaya Datin Seri Rosmah. Ianya dirakamkan
sekitar KL termasuk stesen LRT dan telah melalui berbagai ‘kesusahan’ ketika
pembikinan, antaranya, diarahkan berhenti oleh pihak berkuasa. Setiausaha
Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, yang menerbitkan video tersebut begitu
bangga memberitahu media bahawa video itu telah mendapat lebih 100 juta
penonton dalam masa sebulan.
Jelas, mereka begitu bangga dengan diri mereka sendiri
kerana mmapu mempermainkan orang lain dan merakamkannya ke dalam video serta
memuat-naik ke internet untuk tontonan seluruh dunia. Bagi DAP, video kempen
bertemakan Gangnam itu bagaikan sebuah ‘karya hebat’, atau kempen politik
paling bijak yang pernah difikirkan oleh sebuah parti politik. (Ini
mengingatkan kita kepada sang Namewee, mungkin dia juga layak menjadi Ketua
Menteri)
Setelah ditempelak, kita menyangka yang Guan Eng akan
bertenang dan berfikir semula dengan waras. Tetapi, sebaliknya, beliau
menunjukkan tanda-tanda histeria. Siapa yang menyangka beliau boleh mengarahkan
sesuatu yang paling bahlol iaitu supaya semua tentera sibernya memberi tekanan
kepada Psy melalui facebook artis itu agar membatalkan persembahan di Pulau
Pinang?
Psy adalah seorang penyanyi, seorang artis, selebriti dari
negara asing, tidak perlulah mengaitkan beliau dalam kegilaan politik DAP.
Tidak cukupkah Guan Eng memalukan partinya, perlukah beliau memalukan seluruh
rakyat Malaysia juga?
Mungkin Guan Eng perlu menjalani pemeriksaan jiwa. Mungkin
semua kuasa yang ada itu tidak tertanggung oleh dirinya sehingga ego
semulajadinya yang sedia menjulang telah mencapai tahap tertinggi dan mula
menimbulkan masalah. Lihat saja sikap dan tindakan Guan Eng akhir-akhir ini:
Mula-mula Guan Eng menyangka yang Pulau Pinang itu adalah
miliknya seorang, di mana sesiapa sahaja yang ingin menggunakan nama Pulau
Pinang perlu mendapat kelulusannya. Adakah ini bermakna Penang Char Koey Teow,
Penang laksa, Penangn Run dan Penang Swimming Club semua miliknya? Tentulah
tidak.
Sesetengah nama itu telah pun digunakan sebelum Merdeka lagi
dan sebelum Guan Eng berpindah dan bermastautin di Pulau Pinang. Nama sebuah
negeri bukan, dan tidak boleh sama sekali menjadi milik sesiapa. Justeru, Guan
Eng tidak dan tidak boleh memiliki Pulau Pinang, tetapi beliau hanya diletakkan
di tempatnya oleh rakyat Pulau Pinang untuk bekerja untuk mereka.
Jika kita mengambil logik Guan Eng, maka setiap kamus dan
laman web di dunia haruslah mendapatkan kelulusannya sebelum mencetak perkataan
‘Penang’. Bagaimana jika nama USA atau China atau Malaysia juga perlu
diluluskan setiap kali kita ingin menggunakannya?
Apa lagi yang boleh ditafsirkan dengan logik Guan Eng ini
selain dari percubaan mengenakan, menunjukkan dan melaksanakan kuasa
diktatornya, termasuk ke atas sesuatu yang melangkaui kuasanya.
Namun, kita tidak dapat mengelak dari merasakan ada sesuatu
yang lebih lagi dari sekadar masalah tekanan ego berlebihan seorang diktator
apabila Guan Eng menyatakan bahawa sesiapa yang memakai warna merah pada Tahun
Baru Cina bermakna mereka menyokong DAP.
Merah hanyalah warna, ia tidak dimiliki oleh sesiapa atau mana-mana
parti. Sekurang-kurangnya, Guan Eng boleh membeli Pulau Pinang jika teringin
sangat menjadikan pulau itu sebagai milik persendirian, tetapi Guan Eng tidak
mungkin boleh membeli hak ke atas ‘warna merah’.
Apakah Psy telah menyebabkan Guan Eng menjadi gila?
No comments:
Post a Comment