Thursday, 7 February 2013

Nik Aziz Dapat Hadiah Harijadi?!



PEGAWAI Khas Menteri Besar Kelantan, Zawawi Mohamed (kanan) meneliti isi kandungan memorandum "Tanah Adalah Maruah" disaksikan oleh Pengerusi Gerakan Tukar, Kamarudin Kassim dan puluhan sukarelawan gerakan itu di hadapan Pejabat Menteri Besar, di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menerima 'hadiah istimewa daripada Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar) iaitu 23 anak pokok getah dan sawit di pejabatnya di sini.

Pemberian itu sebagai simbolik terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan menjual lebih 4,000 hektar tanah di Gua Musang kepada pemimpin DAP Perak.

Anak pokok itu yang dibawa kira-kira 50 ahli Gerakan Tukar juga bertujuan memberi peringatan kepada Nik Abdul Aziz mengenai penderitaan peneroka asal tanah tersebut yang telah menanam sawit dan getah sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya disodok oleh pemaju untuk mengaut hasil balak.

Pengerusi Gerakan Tukar, Kamarudin Kassim yang mengetuai kumpulan tersebut turut menyerahkan satu memorandum tujuh perkara bertajuk `Tanah Rakyat Adalah Maruah Rakyat kepada Nik Abdul Aziz bagi membantah penjualan tanah itu.

"Tanah itu adalah maruah rakyat yang telah diusahakan sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya dijual kepada pemimpin DAP dan kami yakin masih banyak lagi tanah yang telah dijual tetapi kita tidak tahu," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum itu kira-kira pukul 11 pagi di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment