Tersungkur jua akhirnya tak kira perempuan atau lelaki
pengganas tetap pengganas. Kronologi pada hari kesembilan semalam adalah
seperti berikut....
Hari ke sembilan Ops Daulat menyaksikan penemuan dua lagi
mayat penceroboh Sulu yang terlibat dalam pertempuran yang berlangsung semalam.
Berikut adalah peristiwa yang berlaku pada hari ini:-
- Jenazah Koperal Ahmad Hurairah Ismail yang terbunuh dalam
pertempuran dengan pengganas semasa Ops Daulat di Lahad Datu semalam selamat
dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas tengahari tadi.
- Jenazah Koperal Ahmad Farhan Ruslan yang terbunuh selepas
terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas menguruskan logistik untuk
anggota keselamatan yang terlibat dalam Ops Daulat juga selamat dikebumikan di
Tanah Perkuburan Pasir Tumbuh.
- Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata
dua anggota tentera yang terkorban itu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh.
- Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib Ahmad Farhan
bukanlah pemandu trak yang terlibat dalam kemalangan, tetapi penumpang. Sebelum
ini laporan media mengatakan beliau adalah pemandu trak itu.
- Hamza juga percaya ketua kumpulan penceroboh militan
Agbimuddin Kiram masih terkepung di kawasan operasi.
- Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd
Zin berkata dua lagi mayat pengganas Sulu yang bertempur dengan pasukan
keselamatan di Sungai Nyamuk di Tanjung Batu semalam ditemui hari ini.Beliau
berkata turut ditemui di kawasan itu ialah selaras senapang jenis M1 Garand dan
sepucuk pistol Colt.45.
- Selain itu juga, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
akan membawa masuk beberapa aset-aset pertahan mereka dalam mengukuhkan
pertahanan di kawasan yang terlibat termasuk helikopter dari Pasukan Udara
Tentera Darat dan 12 kereta perisai (Armoured Personnel Carrier).
- Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
berkata polis akan menggembleng guna tenaga semua keanggotaannya dalam pasukan
itu untuk ditambahkan lagi dalam usaha Operasi Daulati.
- Ismail berkata beliau telah mengarahkan Pesuruhjaya Polis
Sabah dan setiap ketua polis daerah di Sabah untuk menambahkan lagi kehadiran
polis terutama di kawasan operasi.
- Beliau juga berkata kawalan polis di kawasan kawalan
pesisiran pantai dan lokasi tertentu di daerah Lahad Datu hingga ke kawasan
operasi akan dipertingkat dimana kita berkehendakan lokasi-lokasi strategi
dapat ditumpukan.
- Ismail berkata guna tenaga polis ini tidak hanya tertumpu
kepada anggota polis dari penugasan tugas-tugas am sahaja malah ianya akan
merangkumi anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Narkotik dan juga
Logistik.
- Dalam perkembangan berkaitan, Ismail menjelaskan seorang
remaja berumur 12 tahun yang ditembak oleh pihak keselamatan di sebuah belukar
di Tanjung Batu tempoh hari mempunyai pertalian dengan salah seorang lelaki
yang ditahan beramai-ramai di sekitar kawasan itu.
- Manakala, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai
berkata kementeriannya sudah bersiap sedia untuk menerima lebih banyak mayat
pengganas di Hospital Lahad Datu untuk ditempatkan bagi tujuan siasatan
forensik sebelum dikebumikan.
- Liow berkata,
pihaknya sudah menyediakan empat kontena untuk menempatkan mayat-mayat
berkenaan.
- Ketua kumpulan penceroboh, Jamalul Kiram III pada Rabu telah
menolak kemungkinan pengikutnya akan meninggalkan Sabah tidak lama lagi.
KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
ReplyDeleteJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI