Friday, 22 March 2013

MUDAHNYA ANWAR HINA MALAYSIA DI AUSTRALIA



MEMANG begitu menarik temu ramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Fairfax Media dari Australia dua minggu lepas yang banyak berkisar pengamatan beliau terhadap senario pasca pilihan raya umum Malaysia yang akan diadakan bila-bila masa sahaja.

Tidak menghairankan apabila ketua pembangkang tersebut menegaskan hubungan baik dengan Australia adalah sangat dialu-alukan memandangkan temu ramah itu sudah pasti mendapat liputan meluas daripada akhbar negara tersebut.

Tetapi agak menakjubkan apabila Anwar meluahkan perasaan kurang senang terhadap beberapa ahli politik Australia yang begitu kagum dengan agenda pembangunan Malaysia lebih dari lima dekad diterajui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka ini (ahli politik Australia) hanya melawat menara berkembar Petronas, jambatan terpanjang atau empangan terbesar, kata Anwar bagaikan mahu menafikan kejayaan kemajuan pembangunan yang dapat dihayati oleh mereka yang berada di luar Malaysia.

Tidak menghairankan juga apabila Anwar menyatakan beliau akur dengan projek nadir bumi Lynas di Kuantan jika ia menepati segala aspek keselamatan sedangkan sebelum ini pakatan pembangkang pimpinan beliau begitu lantang menolak projek ini dengan alasan membahayakan penduduk setempat dan alam sekitar.

Projek Lynas telah dibuktikan menepati segala aspek keperluan keselamatan mengikut piawaian antarabangsa dan telah disahkan bahawa nadir bumi yang diproses adalah selamat dan tidak mengancam manusia atau alam sekitar. Malah sekumpulan pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) juga telah memberi jaminan keselamatan projek tersebut.

Anwar mungkin baru akur bahawa projek Lynas ini bukan sahaja penting untuk ekonomi Malaysia dan Australia malah keadaan geopolitik dunia juga bergantung kepada kejayaannya kerana ketika ini sumber nadir bumi lebih 90 peratus dikuasai oleh China. Nadir bumi adalah salah satu komponen kritikal bukan sahaja untuk pembangunan alat elektronik seperti telefon pintar dan komputer tetapi juga peluru berpandu.

Penguasaan China secara menyeluruh terhadap bekalan bahan mentah kritikal seperti nadir bumi hanya memberi kelebihan kepada Beijing dan sudah acap kali China mempergunakan faktor kelebihan ini untuk kepentingan geopolitik mereka. Agaknya Anwar mungkin tidak mahu pula dituduh mempunyai pendirian pro-Beijing yang membuatkan ketua pembangkang Malaysia ini mengubah pendirian.

Begitu juga dengan saranan Anwar terhadap pendirian ASEAN mengenai tuntutan bertindih sempadan maritim Laut China Selatan yang sedikit sebanyak menyerlahkan pendirian beliau terhadap Beijing. Perlu diungkitkan empat negara ASEAN iaitu Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia terlibat secara langsung berkaitan isu ini dengan China.

Beliau kurang senang dengan pendirian ASEAN yang tidak sebulat suara berhadapan dengan Beijing yang disifatkan olehnya sebagai agresif apabila menuntut hak mereka di Laut China Selatan.

Memang benar pendekatan ASEAN terbahagi kepada dua kumpulan apabila berhadapan dengan China mengenai isu tuntutan bertindih. Satu kumpulan menggunakan pendekatan yang agak agresif dan seboleh-bolehnya mahu melibatkan Amerika Syarikat (AS) dalam percaturan ini.

Tidak syak lagi Vietnam dan Filipina tergolong dalam kumpulan ini kerana sudah beberapa kali pergeseran secara fizikal dengan China berlaku. Paling terakhir adalah peristiwa pertembungan tentera laut Filipina dan China di Scarborough Shoal pada November lepas.

Pendirian Kuala Lumpur adalah mengekalkan status quo dan mengambil pendekatan menyelesaikan secara rundingan secara terus dengan Beijing tanpa melibatkan pihak ketiga. Ini adalah kerana pergeseran dengan Beijing sudah pasti akan menggugat kestabilan rantau Asia Tenggara dan tambahan pula China adalah rakan niaga penting bagi Malaysia.

Sudah begitu jelas terletak di mana pendirian ketua pembangkang Malaysia ini apabila berhadapan dengan isu dasar luar negara terutama sekali jika ia melibatkan kuasa besar dunia sama ada Washington atau Beijing.

Pendirian mengenai projek nadir bumi yang berubah secara ekstrem dan mendadak jelas mempamerkan keputusan menolak projek Lynas hanya berdasarkan kepentingan politik parti dan bukannya kepentingan rakyat atau negara. Tentangan pembangkang terhadap projek ini adalah semata-mata berdasarkan kepada pegangan ia berkaitan dengan kerajaan BN.

Tetapi setelah terbukti projek ini dibangunkan mengikut piawaian keselamatan antarabangsa dan paling penting mampu merubah geopolitik antarabangsa dengan melonggarkan sedikit kelebihan yang dimiliki Beijing, maka Anwar dengan begitu mudah mengubah pendirian beliau.

Perlu juga diperingatkan bahawa saranan Anwar supaya ASEAN bersatu menghadapi China dalam isu tuntutan bertindih sempadan maritim secara dasarnya adalah pendekatan yang wajar, tetapi jika diambil pengalaman yang telah dilalui oleh Vietnam dan Filipina, ia bukan strategi yang terbaik untuk Asia Tenggara.

Pendekatan sebegitu hanya memberi ruang kepada pihak ketiga yang tiada kaitan untuk terlibat secara langsung yang mampu menjadikan rantau ini sebagai medan proksi antara dua kuasa besar iaitu AS dan China.

Pengamalan dasar luar Malaysia mestilah pragmatik dan berpijak kepada bumi nyata dan tidak boleh direncanakan mengikut kemahuan pihak ketiga iaitu kuasa besar lain. Jika dasar luar negara amat bergantung kepada kuasa besar dunia umpamanya AS, maka pengamalannya tidak semestinya mampu memberi faedah dan manfaat kepada Malaysia.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

1 comment:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete