Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu. Adakah ini satu lagi sandiwara ? Sebelum ini Khalid telah mengumumkan akan membubarkan DUN dengan pelbagai helah bagi memperbodohkan rakyat Selangor.
Nyawa Khalid yang semakin kepenghujung sebagai Menteri Besar yang paling sombong dan tidak perihatin dengan masalah rakyat mengambil keputusan untuk membubar pada tarikh tersebut berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat masih teragak-agak untuk membubarkan Parlimen.
Telahan rakyat Najib akan membubarkan Parlimen minggu lalu adalah meleset sama sekali. Mandar kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April tetapi tarikh akhir pembubaran automatik adalah pada 30 April
Rakyat Selangor sudah muak dengan cara pentadbiran kerajaan Khalid yang tidak menepati janji menifesto ( ..kata Khalid .. Menifesto Bukan Janji !!), masalah air yang tiada sudahan dan memburukan lagi apabila beliau akan menggunakan duit rakyat sebanyak hampir RM9 billion bagi membeli SYABAS !!
Dimana rumah mampu milik ? Yang ada adalah projek mega Datum di Dato' Keramat yang mendapat bantahan rakyat. Menceritakan kepincangan pentadbiran Khalid seperti tiada kesudahan....
No comments:
Post a Comment