Monday, 25 March 2013

Anwar Berjaya ‘Mendidik’ Rafizi Jadi Pembohong



Jumaat minggu lalu, satu sidang media khas mengenai kes saman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pemilik blog bernama Papagomo telah diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

Permulaanya, dikhabarkan Anwar sendiri akan menerangkan segala butir terperinci mengenai saman itu selepas Papagomo mendedahkan beberapa siri gambar seorang lelaki mirip Anwar sedang melakukan hubungan seksual dengan seorang lelaki lain.

Anwar seperti biasa, menggunakan senjata utama dalam dirinya, saman!
Pun  begitu, dalam sidang media tersebut, bukan Anwar yang tampil untuk menangkis tohmahan yang diterima lantas membersihkan namanya yang kerap kali dikaitkan dengan aktiviti seksual. Yang diperlihatkan adalah kehadiran Rafizi Ramli untuk mempertahankan kedudukan Anwar.

Cuma, dalam sidang media itu, kebodohan Rafizi semakin terserlah meski pun sebelum ini terlalu banyak tindakan bodoh yang dilakukan oleh Rafizi.

Di penghujung sidang media, Rafizi berang dengan seorang wartawan dari portal terkemuka yang menanyakan satu soalan, perihal ‘kenapa Anwar tidak menyaman Papagoma dahulu sewaktu mendedahkan Anwar pernah melakukan hubungan seks dengan China Doll’.
Sudahlah Rafizi tidak menjawab soalan mudah dari wartawan tersebut, tetapi terus menampilkan dirinya yang seolah-olah ‘bijak’ menjawab soalan tersebut dengan jawapan yang tidak ada kena-mengena langsung.

Bukan itu sahaja, Rafizi mengaitkan dengan pemilik laman Papagoma, Wan Muhd Azri Wan Deris adalah pengundi hantu. Katanya Pengarah Strategi PKR itu, Papagoma disenaraikan di dua pusat mengundi iaitu di Wangsa Maju dan Ampang.

Rafizi mendakwa nama Wan Muhd Azri Wan Deris dicabut daripada senarai daftar pemilih SPR. Ternyata, cabutan dakwaan Rafizi itu bohong semata-semata! Natijahnya, orang ramai terus menyifatkan Rafizi sebagai pembohong tegar.

Itulah sifat dan pekerjaan bagi setiap ahli dalam parti pembangkang. Berbohong dan menjadi pembohong itu harus dan wajib!

Kalau dahulu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pernah menuduh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli UMNO. Saifuddin mendakwa beliau bersandarkan maklumat daripada senarai keahlian UMNO sendiri bahawasanya Wan Ahmad Wan Omar, kad pengenalan bernombor 490101-03-5179 dan kad pengenalan lama 2756290 adalah ahli Umno bernombor 2374564 di cawangan Kubang Bunggor, Bahagian Pasir Mas, Kelantan.

Tujuannya, mahu meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap institusi SPR dan menyemai kebencian terhadap suruhanjaya itu.

Walhal, apabila diteliti nama Wan Ahmad Wan Omar yang didedahkan itu bukanlah Timbalan Pengerusi SPR, sebaliknya individu yang dipercayai seorang peniaga.
Selepas pendedahan yang dibuat oleh Saifuddin yang kononnya mahu menunjukkan SPR tidak bersih dan mengamalkan tindakan berat sebelah, beliau langsung tidak tampil 
membuat permohonan maaf kepada Wan Ahmad dan mendiamkan diri sahaja.

Dan sekarang ini pula, perkara yang sama dilakukan oleh Rafizi, menuduh dan tetap berbohong! Menuduh pemilik Papagomo adalah pengundi hantu dan SPR sengaja berbuat demikian.

SPR tidak memelihara pengundi hantu dalam daftar pemilihnya. Yang SPR daftarkan adalah dua lelaki yang berbeza tetapi mempunyai nama yang sama dengan Papagomo atau Wan Muhd Wan Deris. Wan Muhd lahir pada 8 April 1983 sementara Wan Muhammad lahir pada 21 Januari 1983.

Mungkin kerana Rafizi terlalu bersemangat dan teruja mahu membersihkan nama pemimpin terhormatnya, dan mahu memburukkan nama baik SPR serta Papagomo, tanpa sedar Rafizi sendiri melakukan kesilapan yang terlalu mudah untuk dikesan oleh umum. Beliau tidak bersikap teliti!

Selepas tindakan mendedahkan perkara yang tidak benar, Rafizi langsung tidak tampil memohon maaf sama seperti apa yang pernah dilakukan oleh Saifuddin.
RafiziRamli1
Sudah nampak, sememangnya Pakatan Rakyat akan terus melahirkan pemimpin-pemimpin yang bersifat menuduh dan pembohong. Dan ini amat bahaya bagi negara kita, Malaysia untuk dipimpin oleh orang yang tidak teliti dan mudah dikuasi oleh perasaan benci dan hasad dengki.

Kalau Rafizi boleh menuduh SPR sengaja mewujudkan pengundi hantu, seperti Papagomo, cuba pula dia mencari nama ‘RAFIZI BIN RAMLI’ dalam sistem daftar pemilih yang telah disahkan oleh SPR. Bukankah begitu banyak?

Lucu apabila memikirkan tindakan bodoh yang dilakukan oleh Rafizi ini. Sudah jelas, Anwar berjaya mendidik Rafizi untuk menjadi pembohong. Cuma, usaha Anwar itu perlu dipertingkatkan sedikit lagi agar sama taraf dengan beliau. Tak gitu Pak Nuar?


1 comment:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete