Kesian dah lari rupanya anak anuwar nie keluar negara. Buat
ape tue nak amnil duit bayar duit pampasan ke?
Sebut sahaja nama Profesor Datuk Dr. Sidek Baba tentu ramai
yang mengenalinya sebagai salah seorang sahabat yang mempunyai hubungan akrab
dan cukup rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.
Sebagai bekas Naib Presiden ABIM dan Timbalan Rektor
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Sidek juga dikenali umum
kerana peranannya dalam mengembangkan pengaruh Anwar di kalangan pelajar UIAM
ketika zaman kegemilangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Dr Sidek yang kini adalah pensyarah Kanan di UIAM juga
pernah di tahan di bawah ISA ketika kemuncak isu liwat melibatkan Anwar pada
1998, justeru itu ramai yang percaya hubungan mereka berdua akan berkekalan dan
mustahil akan terungkai sama sekali.
Namun persahabatan kedua-duanya tidak berkekalan apabila semenjak
tiga tahun lalu Dr. Sidek telah bertindak
meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun mereka bersahabat.
Ramai yang sukar mempercayainya malah tidak mengetahui kenapa dan mengapa Dr
Sidek mengambil tindakan demikian.
Bagaimana pun ketika menyertai program Wacana Cuit: Dilema
Melayu Moden di Menara MARA pada 26 Mac 2013, Dr Sidek telah mengambil peluang
tersebut menjelaskan tiga sebab kenapa beliau meninggalkan Anwar sekaligus
keluar dari
landasan perjuangan bekas sahabat baiknya itu.
Tiga sebab yang dimaksudkannya itu ialah mengenai persoalan
moral, sokongan kepada agenda pluralisme agama dan masalah kredibiliti, yang
mana ketiga-tiganya cukup rapat dengan Anwar yang akhirnya mendorong Dr Sidek
untuk mengambil keputusan muktamad menjauhkan diri.
Menurut Dr Sidek, terlalu banyak persoalan moral yang
melingkari hidup Anwar dan agak sukar untuk diterimanya, apatah lagi bila
diimbas semula pesanan Anwar ketika bersama ABIM dulu yang sering menegaskan
seseorang pemimpin bukan sahaja mesti bersih tetapi juga kelihatan bersih.
Dalam majlis yang dihadiri sekitar 1,000 orang kakitangan
MARA itu juga, Dr Sidek meluahkan kekecewaannya terhadap Anwar kerana perubahan
drastik bekas mentornya itu yang kini menjadi pendukung pemikiran liberal serta
cukup dekat dengan golongan pluralisme agama.
Ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac
2010 menurut Dr Sidek adalah bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi
mengenai penglibatan Anwar dengan pendukung liberal dan pluralisme agama.
Selain itu, Dr Sidek juga menjelaskan keraguannya terhadap
hubungan rapat Anwar dengan para pelobi berbangsa Yahudi yang dianggap sangat
berbahaya kepada keselamatan negara selain menjejaskan kredibiliti Anwar yang
sebelum ini dilihat sebagai Islamik.
Kesemua sebab yang diutarakan oleh Dr Sidek di atas adalah
asas penting yang mendorongnya meninggalkan Anwar meskipun lebih 30 tahun lalu
mereka berdua akrab bersahabat.
Dr Sidek bukanlah satu-satunya sahabat seperjuangan Anwar
dari ABIM yang telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum PKR itu, ramai lagi
yang lain antaranya bekas Presiden ABIM, Dr Yusri Muhammad serta
bekas pengasas NGO itu, Tuan Haji Ustaz Ismail Mina.
Sebelum mengambil tindakan yang tentunya sukar itu, Dr Sidek
terlebih dahulu melakukan siasatan sendiri dengan menemu bual seramai 28 orang
individu yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar diikuti dengan
solat istikharah bagi memohon petunjuk Allah S.W.T.
Selepas itu barulah beliau membuat keputusan muktamad
menjarakkan diri dari Anwar dan parti-parti pembangkang.
No comments:
Post a Comment