Penasihat DAP Lim Kit Siang yang sudah sah akan bertanding
di Parlimen Gelang Patah,Johor pada PRU 13 nanti pastinya akan dikenang sebagai
salah seorang pemimpin politik yang kerap berpindah-randah dari satu negeri ke
negeri yang lain.
Sejak berkecimpung dalam dunia politik,pemimpin veteran DAP
yang cukup dekat dengan gaya kepimpinan diktatorship dan kuat amalan
nepotismenya itu sudah bertanding di empat negeri iaitu Melaka,Selangor,Pulau
Pinang dan Perak.Johor yang kini menjadi tumpuannya untuk PRU 13 merupakan
negeri yang kelima,sekaligus mencatatkan satu lagi rekod peribadi yang menjadi
kebanggaannya.
Ianya tentu sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemimpin BN.Di
kalangan pemimpin BN jarang sangat yang mempunyai tabii pindah-randah
sedemikian kerana masing-masing tahu nawaitu utama mereka bertanding dalam
pilihan raya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat setempat.ketika ini PR sudah
mempunyai watak Mr Mansuh yang dipelopori oleh Ketua umum PKR,Anwar Ibrahim dek
kerana hobinya yang gemar menabur janji yang kemudian sering dimungkiri dan
dicapati.
Justeru itu,memang elok sangat gelaran Mr Pindah pula
dinobatkan kepada Kit Siang sesuai dengan kegemarannya berpindah-randah ke sana
ke mari.Dengan wujudnya watak Mr Mansuh dan Mr Pindah,ia pasti menambah
keunikan PR pada pandangan rakyat.
Mungkin bagi Kit Siang apabila dapat
bertanding sana sini ia dianggap satu keseronokan baginya sedangkan sebagai
pemimpin sepatutnya beliau perlu fokus untuk menunaikan harapan rakyat yang
sebelumnya telah memilihnya sebagai wakil mereka.Tiap kali bertanding pula tak
pernah cukup sekadar mencuba nasib di kerusi Parlimen tapi diletakkan juga
dirinya sebagai calon untuk bertanding di peringkat DUN.
Dibuatnya gelanggang
PRU ini semacam peluang untuk meningkatkan gaji dan elaun peribadinya
pula.Pemimpin muda dalam parti terus ternanti-nanti entah bila berpeluang maju
ke hadapan, dah lah nak menggalas jawatan tinggi dalam parti terhalang dek anak
menantu Kit Siang,nak bertanding mewakili parti dalam pilihan raya pun
sayup-sayup saja kelihatan peluangnya.
Dunia politik PR yang sememangnya penuh
warna-warni dan unik,tapi keunikan sebegini dengan wujudnya politikus berwatak
Mr Pindah bernama Lim Kit Siang dan Mr Mansuh yang sinonim dengan Anwar
Ibrahim,ia sebenarnya tidak memberi manfaat kepada khalayak.
Politikus seperti Mr
Pindah dan Mr Mansuh hanya sekadar menambah kemeriahan politik,sedangkan
realitinya rakyat lebih memerlukan lebih ramai pemimpin politik yang komited
dalam menabur jasa dan bakti untuk kepentingan masyarakat dan negeri.
No comments:
Post a Comment