Ketua Pembangkang dan pimpinan PR hanya menyatakan sokongan
mereka kepada usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu pada
20 Mach lalu,iaitu 15 hari setelah berlakunya pencerobahah ke atas kedaulatan
negara.Lima belas hari atau lebih daripada dua minggu untuk menunjukkan rasa
prihatin dan simpati terhadap kematian 10 anggota keselamatan yang mengorbankan
nyawa untuk mempertahankan ibu pertiwi bukan sahaja dilihat tidak ikhlas tetapi
juga biadap dan tidak bermaruah.Namun kebiadapan dan ketidak ikhlasan Anwar dan
pimpinan pembangkang tidak mampu menutup agenda yang lebih licik dan jahat
disebalik kelewatan tanda sokongan kepada pasukan pembangkang.Anwar dan
kuncu-kuncunya dari PKR,Pas dan Dap pada mulanya sudah yakin bahawa Pilihan Raya
Umum ke 13 akan diadakan pada awal Mach namun jangkaan mereka meleset.Atas
andaian tersebut Anwar menyusun strategi bersama bekas pengerusi Barisan
Pembebasan Islam Moro pemisah (MILF),Nur Misuari berkomplot agar serangan ke
atas negeri Sabah dilancarkan seiring dengan PRU13.
Ini bertujuan untuk menimbulkan keadaan huru hara serta
kacau bilau semasa kempen pilihan raya sedang berjalan supaya pihak pembangkang
boleh menyalahkan kerajaan atas serangan puak pengganas Sulu itu.Ini boleh
dilihat daripada kenyataan segera yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR,Tian
Chua yang mendakwa pencerobohan itu didalangi UMNO kononnya untuk mengalih
pandangan rakyat daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang
asing. Jika dilihat kronologi apa yang berlaku bermula daripada pertemuan sulit
Anwar dan Misuari pada November 2012 empat bulan lalu termasuk pertemuan bekas
pemimpin PKR Dr Jeffrey Kitingan dengan wakil kesultanan Sulu terdahulu
daripada itu,adalah jelas pertemuan-pertemuan rahsia tersebut adalah untuk
menyusun strategi bagi pencerobohan 5 Mach lalu serentak dengan pengumuman
PRU13.Bagaimanapun semua perancangan jahat Anwar dengan koloborasi Misuari dan
puak pengganas Sulu gagal menjadikan peristiwa serangan di Lahad Datu dan
Semporna hasil kecekapan pasukan keselamatan negara dan respons pantas kerajaan
untuk menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas sepanjang 1400 kilometer di pantai
timur Sabah (ESSCOM).Kini Anwar sudah amat tersepit dan menuduh pula Perdana
Menteri Datuk Seri Najib mengguna isu serangan pengganas Sulu di Sabah sebagai
alasan untuk mendakwa.
Hakikatnya bukan kerajaan Malaysia yang mendedahkan
pembabitan Anwar dengan puak pengganas Sulu tetapi sebaliknya ini dilakukan
oleh badan perisikan Filipina di mana maklumat yang diperolehi telah digunakan
oleh agensi berita antarabangsa seperti Reuters dan portal berita Philippine
Daily Inquirer dan akhbar Manila Times.Malah Anwar menerima tamparan hebat
apabila pimpinan MILF menafikan dakwaan Misuari yang dipetik oleh Al-Jazeera
yang menuduh Kerajaan Malaysia menggunakan organisasi itu bagi memperkukuh
tuntutan ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan
rakyat Moro.Luwaran News Centre memetik kenyataan Ketua Sekretariat
MILF,Mohammad Ameen yang mempertahankan Kerajaan Malaysia sambil menganggap
dakwaan Misuari itu sebagai 'dosa berat',pembohongan dan palsu
semata-mata.Anwar berpakat dengan Misuari untuk memburuk-buruk nama baik dan
imej Kerajaan Malaysia di mata dunia serta anggota Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC).
Namun fakta sebenar dan hakikat tidak boleh dipadam sama
sekali berhubung peranan pro-aktif Malaysia yang telah menggesa pembentukan
Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002.Malaysia mencadangkan
pembentukan BSC dengan tujuan murni untuk menyatukan pelbagai puak dalam MNLF
dan MILF serta menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka dalam
berurusan dengan OIC.Malah hujah Ameen Malaysia tidak pernah terbabit dalam
sebarang usaha mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF
(GPH-MILF),tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo yang meminta bertindak
sebagai pihak perantara pada 2001 Sekutu Anwar itu ditanya mengapa sangat kini
giat menyokong tuntutan Sabah sedangan selama 21 tahun rundingan damai dengan
kerajaan Filipina tidak pernah beliau menimbulkan isu itu.
Malah fakta juga
membuktikan Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF
(GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada isu tuntutan Sabah. Apabila
dirinya terperangkap dalam permainan politik kotor dengan kerjasama Misuari dan
kelompok kesultanan Sulu,Anwar kini cuba mengalih kesalahan ke atas bahu UMNO
dan Barisan Nasional pula.Sehingga kini beliau tidak mahu mengulas walau
sedikit pun mengapa ia perlu bertemu Misuari secara rahsia tahun lalu dan
apakah isu kandungan rundingan tersebut.Mengapa Anwar takut untuk memberi
penjelasan dengan sendirinya adalah jelas kerana ia menjurus kepada peranan
kedua-dua individu untuk mencetuskan serta merancang serangan pengganas di
Sabah.Kali ini Anwar dan kuncu-kuncunya yang terlibat dalam menyerang Sabah
tidak akan dapat lari daripada pengkhianatan yang mereka lakukan kerana Kertas
Putih yang kini disediakan kerajaan akan mendedahkan segala butiran mengenai
peranan mereka yang sebenar.Malah kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu yang
akan bermula pada 12 April sudah membuat Anwar menggeletar.Seluruh rakyat
Malaysia menunggu tarikh bersejarah itu kerana pada hari itu,permaianan Anwar
sudah sampai ke penghujungnya.
KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
ReplyDeleteJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI