Parlimen belumpun dibubarkan, tarikh pilihan raya umum pun
belum diketahui, namun gelagat ganas dan provokatif para penyokong pakatan
pembangkang sudah mula ditunjukkan.
Dalam kejadian di sini, 27 bendera Barisan Nasional (BN)
dibakar dan tiangnya dipatahkan dalam tiga kejadian berasingan di pekan Parit
Bakar pada Ahad, Selasa dan awal pagi Rabu yang dilakukan oleh sekumpulan
penyokong Pas.
Pada kira-kira pukul 2 petang Ahad lalu, empat bendera
dibakar serta tiangnya dipatahkan. Kejadian kedua pula berlaku pada pukul 9.30
malam Selasa lalu dan ketiga pada 1.30 pagi Rabu.
Pengerusi Biro Keselamatan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
UMNO Bahagian Muar, Mahmud Md. Top berkata, bagi perbuatan khianat pertama,
pihaknya hanya menemui kesan-kesan perbuatan itu dan tidak mempunyai saksi.
"Bagaimanapun pada pukul 9.30 malam Selasa, saya dan
rakan nampak sendiri perbuatan itu dilakukan oleh penyokong-penyokong Pas,
lingkungan lima orang. Kami juga dimaki selain selain mereka kutuk UMNO dan BN.
Mereka bakar 20 bendera BN, tiangnya dipatahkan.
"Apabila keluar rumah pukul 1.30 pagi (Rabu), kami
didapati penyokong Pas berkumpul lagi di situ dalam jumlah lebih ramai iaitu
lebih 10 orang. Empat lagi bendera BN sudah dibakar. Kami bukan tuduh
sembarangan, kami kenal penyokong Pas itu, mereka penduduk tempatan,"
katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh pihak BN di
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada pukul 7 malam, Khamis lalu. Ketua
Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli pula ketika dihubungi
mengesahkan kejadian tersebut dan ia sedang disiasat.
-Utusan
No comments:
Post a Comment