Saturday, 30 March 2013

Kerana PapaGomo kita lebih kenal Anwar..!



BAGAIKAN tidak ada satu pun halangan yang mampu menghalang PapaGomo untuk menghentikan tindakannya mendedahkan wajah-wajah jalang Anwar dan penyiaran terbaru video Anwar menerkam seorang mahasiswa membuktikan bahawa beliau langsung tidak tercuit pun dengan segala serangan peribadi yang dilemparkan terhadapnya terutama sekalioleh pencacai nombor wahid Anwar,Rafizi Ramli malah beliau terus menyerang dan menyerang.


Mesikupun Rafizi Ramli berusaha keras untuk menyelamatkan maruah idolanya yang sudah pun tidak bermaruah dengan mendedahkan segala latar belakang PapaGomo termasuklah menuduh PapaGomo pengundi hantu,bekas polis yang bermasalah dan berbagai-bagai lagi hinggalah menggunakan bekas isteri PapGomo untuk menyerang penulis blog tersebut namun PapaGomo konsisten serta istiqamah mendedahkan perilaku Anwar bagi menyedarkan rakyat yang selama ini tertipu dengan wajah imam Anwar,lenggok nyanyian serta tarian Anwar.


Penyiaran klip video ketiga DISINI membuktikan bahawa penulis blog ini tidak sedikit pun gentar dengan ugutan Anwar dan barua-baruanya termasuklah tidak peduli seinci pun dengan saman RM100 juta yang  dibuat oleh peguam-peguam Anwar malah PapaGomo terus memperbudakkan Anwar sehingga bertempiaran para juak Anwar merekayasakan bukti dan saksi bagi mencemarkan kredibliti PapaGomo.


Tatkala PapaGomo dilabelkan pengundi hantu oleh Rafizi Ramli,carian SPR juga membuktikan Rafizi juga pengundi hantu,Tatkala PapaGomo dituduh perasuah oleh Rafizi,sumber lain pula mendedahkan bahawa Rafizi dipecat dari Petronas kerana membuat tuntutan palsu dan malang bagi Rafizi,saat beliau terkial-kial seperti orang mabuk ubi gadung mempertahan dan mereka hujah untuk menyelamatkan Anwar,Wan Azizah mengambil sikap berdiam diri.


Perlu diingat siapa pun PapaGomo,itu bukan urusan kita tetapi sekurang-kurangnya dengan adanya PapaGomo kita lebih mengetahui  dan mengenali siapa Anwar sebenarnya dan topeng apa yang Anwar pakai untuk menutup wajah serta kelakuan sebenar beliau.


Sepatutnya kita mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada PapaGomo atas keberanian serta pembuktiannya yang membuktikan bahawa Anwar adalah manusia sesumpah dan terlibat sebagai pengamal bisesksual.


Perlu juga kita ingat,apa pun latar belakang PapaGomo,beliau bukan pemimpin UMNO,beliau bukan manusia yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan tidak pernah terlibat meliwat bekas pemandu,adik angkat ataupun mahasiswa sebagaimana Anwar yang sedang bercita-cita untuk merampas Putrajaya dan terlibat dengan bekas pemandu serta adik angkat dan terbaru seorang mahasiswa serta paling baru di http://Rajagoyang360.blogspot.com.


PapaGomo perlu merasakan dirinya hebat kerana telah dijadikan agenda cukup penting oleh Anwar selain daripada Najib,Rosmah serta kepimpinan UMNO lain kerana saman tersebut adalah sebaris dengan harga sama Anwar terhadap pemimpin UMNO yang lain dan sekaligus Anwar meletakkan PapaGomo lebih hebat dari dirinya namun tidak mewarisi kejalangannya.


Tulisan serta jawapan PapaGomo terhadap Anwar cukup mudah,andaipun beliau terpalit dan dipalit dengan segala masalah,itu tidak penting kerana apa yang lebih penting adalah menghalang kerakukasan Anwar dari terus menipu rakyat dan sebagai  warganegara yang ada tanggungjawab,rakyat perlu disedarkan dan Anwar perlu dibogelkan supaya rakyat tahu siapa Anwar sebenarnya.


PapaGomo telah melaksanakan tanggungjawabnya dan rakyat yang celik serta cerdik harus juga menjalankan tanggungjawabnya untuk mentalkinkan Anwar dan partinya dalam PRU13 nanti dan bak kata PapaGomo dengan kunjungan pembaca melebih 4 juta orang,mustahil dan agak kegilaan yang luar biasa andainya Anwar terus dipilih untuk menjadi pemimpin masa depan di bumi Malaysia ini.


Kita percaya masih ada lagi rakaman yang melibatkan Anwar sewaktu berlangsungnya Konvensyen PKR di Johor,Pulau Pinang dan beberapa tempat lain lagi dan kita percaya rakaman ini akan terus dikeluarkan pada bila-bila masa kerana kita merasakan cukup-cukuplah Anwar bersandiwara sebagai pejuang bangsa sedangkan hakikatnya beliau sebenarnya adalah pejuang bangsat.

1 comment:

  1. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI

    ReplyDelete