Apa lagi nak kata kalau dah deorang sendiri mengesahkan benda
nie lepas tue salahkan UMNO. Tapi MKP nak tanya best tak video tue pasal MKP
dah menyaksikan aksi berahi tue....Anak bapak sama aje.....hmmmmmm
Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno
sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video
seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail
hari ini.
Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa
pemimpin lain dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar
video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah (gambar), ahli parlimen Lembah
Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.
Gambar Sekadar Hiasan
Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka
mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR
lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media
hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam
satu video lain.
“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik
senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum
terhadap integriti pemimpin kita.
“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan
mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu
sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini.
No comments:
Post a Comment