Bak kata Vincent Tan, saman yang dikemukakan mestilah kepada orang yang berduit, kalau tidak ia membuang masa kerana walau menang saman sekalipun tetapi tidak dapat duit sedangkan duit dibelanjakan kepada peguam habis duit berjuta.
Hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya, N. Surendran memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papagomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar ‘intim’ yang mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki, minggu lalu.
Dipercayai N Surendran merujuk kepada gambar-gambar sepertimana yang disiarkan rajagoyang360.blogspot.com yang tidak menamakan pelaku itu sebagai Anwar Ibrahim.
Ini bukan kes pertama yang dikendali N. Surendran, malah banyak kes lain melibatkan Anwar dan PKR kebiasaannya dikendalikan oleh peguam Naib Presiden PKR itu.
“Saya cuma link blog Rajagoyang pada blog saya tapi sendiri tidak kenal siapa orangnya yang kendali blog berkenaan,”kata Papa Gomo kepada Agendadaily.
Katanya dia mendapat tahu mengenai kisah panas di blog itu menerusi rakan-rakan.
“Apapun lawan tetap lawan. Saya memang sudah lama tunggu saman dari Anwar.Lama sangat kata nak saman tapi baru hari ini saman sekalipun saya bukan blogger Rajagoyang,” tegasnya.
Papagomo berpendapat isu utama di sini sepatutnya ialah bukan siapa identiti Rajagoyang tetapi ‘betul ke tidak betul lelaki dalam gambar itu Anwar’.
Serentak dengan itu Papagomo mempersoalkan kenapa Anwar sampai hari ini tidak berani saman Datuk Shahzryl Eskay Abdullah yang mendedahkan isu dakwaan video seks dengan China Doll yang disahkan 99.9 peratus tulin oleh pakar luar negara.
Katanya dia hanya link sahaja sebuah blog ke blognya sedangkan Eskay ialah batang tubuh yang secara terbuka mendakwa lelaki dalam video itu adalah Anwar.
Eskay sendiri sudah isytihar beliau sedia disaman oleh Anwar.
Malah Eskay sudah bersumpah di dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur semasa kehangatan isu itu untuk menunjukkan beliau cakap benar.
Hari ini, papagomo mula memuat naik klip video didakwa membabitkan Anwar dengan seorang mahasiswa dari Sabah.
Klip video satu minit 20 saat berjudul ‘Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Bersama Mahasiswa Yang Diliwat, Musim 7, episod 1′ dimuat naik pukul 4 petang tadi.
Klip pertama ini tidak mengandungi adegan ranjang, tetapi menunjukkan seorang yang mirip wajah Anwar duduk dan berbual dengan seorang yang membelakangi kamera.
Dalam video terbaru ini, lelaki mirip Anwar memberitahu bahawa beliau telah bergerak daripada rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur.
Lelaki mirip Anwar kemudian menerangkan mengenai capaian twitternya kepada mahasiswa berkenaan.
Klip itu berakhir di situ dengan papagomo menjanjikan “episod kedua” secepat mungkin.
anwaraidc.com
KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
ReplyDeleteJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI