"Saya tidak pernah kejar duniawi.." itulah luahan pertama keluar dari mulut Ustaz Saidi Hussin ketika menerima kunjungan aakj satu ketika dulu di rumahnya di Pasir Puteh Kelantan.
Kunjungan aakj ketika itu kerana teringin sangat mendengar sendiri dari mulut orang yang sangat dipercayai Nik Aziz satu ketika dulu, ketika beliau menjawat jawatan Ketua Unit Keselamatan dan bertanggungjawab menjaga pergerakan Nik Aziz terutama ketika Nik Aziz hadir dalam mana-mana ceramah dan mana-mana program bersama rakyat Kelantan.
"Selama hampir 18 tahun saya berkhidmat dengan penuh taat setia kepada Nik Aziz dan Pas, selama itulah saya tidak pernah ambil peluang apa-apa untuk kepentingan diri" tegasnya Ustaz Saidi yang mendapat pendidikan ugama di beberapa pondok di sekitar Kelantan.
Lihatlah foto di atas, aakj sendiri terkejut bila mula-mula sampai ke rumah beliau, rumah papan, rumah kampung dan amat terkejut bila kaki ini melangkah masuk, subhanallah, inikah rumah insan yang pegang jawatan "Ketua" dalam jemaah Nik Aziz ?
Dalam hati terdetik, Nik Aziz sendiri pun belum tentu sanggup tinggal di rumah sebegini zuhud. Ceramah keliling kampung, syarahan agama tentang zuhud tetapi lihatlah bagaimana kehidupan Nik Aziz dan anak menantu serta cucunya seramai lebih dari 50 orang itu.
Duduk bersila saja, Ustaz Saidi terus hidangkan minuman, "Air bujang saja ni.." ujar beliau, santun orang Melayu, walau apa jua keadaan hidup kita, tetamu kita wajib muliakan sekadar yang kita mampu katanya tersenyum menerima kehadiran kami.
Aakj menerangkan tujuan kedatangan berhubung isu yang mana beliau sendiri menjadi saksi, bukan saksi mata tetapi orang yang bertanggungjawab menangkap sendiri Adun Pas dan isteri Ketua Cawangan Pas dalam Gerabak KTM di hentian Keretapi Kuala Krai Kelantan.
Raut wajah Ustaz Saidi nampak agak muram bila menceritakan saat tangkapan itu dan bagaimana bila pasangan tersebut di bawa berjumpa Nik Aziz untuk diadili, Ustaz Saidi terkejut bila Nik Aziz ternyata gagal untuk menunaikan apa yang beliau selama ini berceramah di pentas politik dan juga di surau dan masjid tentang peranan Pemimpin Islam.
Ustaz Saidi amat terguris dan kecewa bila Nik Aziz yang selama ini di anggap bapa, ketua malah seorang Tok Guru yang sangat bersih rupanya melepaskan pasangan yang terang-terang berada dalam keadaan yang amat memalukan begitu saja. " Allah dah maafkan.." itulah ayat yang keluar dari mulut Nik Aziz demi untuk selamatkan maruah parti yang labelnya Islam.
Bermula saat itu, Ustaz Saidi membuat keputusan yang drastik, TINGGALKAN parti yangselama ini dipuja melangit. Beliau pasrah pada Yang Esa. Hajat hati ingin bersama Pas membina Negara Islam, rupanya apa yang ditanam dalam fikiran ahli parti selama ini adalah pembohongan semata-mata. Pemimpin kenyang, ahli merempat ujar Ustaz Saidi.
Malah isteri beliau juga yang aktif dalam program muslimah turut berundur dari sebuah perjuangan yang akhirnya PALSU.
Mengenang kembali bagaimana taksubnya beliau terhadap Pas kerana LABEL yang digunakan. Beliau tertarik kerana wadah perjuangan parti ini kerana satu-satunya parti yang kononnya perjuangkan ISLAM di Malaysia. Malah satu-satunya parti yang kononnya menjanjikan HUKUM ISLAM tertegak di Malaysia kiranya diberi peluang memerintah.
Beliau sanggup tinggalkan kesenangan duniawi demi mengejar kehidupan ukhrawi yang kekal, kerana itulah intipati ceramah-ceramah Pas di segenap pelusuk negara. Beliau juga sanggup 'bertempur' dengan ahli UMNO atau siapa saja yang cuba rosakkan nama baik Pas ketika itu, tegas Ustaz Saidi.
Kemuncak dari segala ketaksuban terhadap 'Parti Islam", beliau sanggup tawarkan diri untuk membunuh Tun Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia. Semuanya kerana taksub yang melampau hasil dari kemuncak doktrin yang diterapkan dalam pemikiran ahli Pas melalui Amanat Hadi Awang.
Kami merancang ingin menculik dan menamatkan riwayat Tun Mahathir !!!
Nekad sekali saya ketika itu kerana apa yang ada dalam kepala saya hanya satu, JIHAD !!
Menentang UMNO dan BN ketika itu kalau mati, maka mati saya dikira mati SYAHID dan Allah akan tempatkan saya bersama syuhada yang lain di syurgaNya nanti. Apa yang tertanam dalam hati saya hanya satu, UMNO dan BN perlu dihapuskan kerana mereka membawa pemerintahan jahiliah dan sesat.
Kenduri atau kematian orang UMNO pun saya tak pergi, sayu aakj lihat raut wajah Ustaz Saidi ketika menceritakan perihal memboikot apa saja yang dibuat oleh orang UMNO kerana ada di antara mereka adalah ahli keluarganya sendiri dan saudara maranya sendiri. Bila dikenangkan balik, saya terasa amat berdosa kerana memutuskan silaturrahim sesama saudara, apalagi saudar seugama. "Nabi saw ajar kita lain, pemimpin Pas ajar kita lain..' sambung Ustaz Saidi.
Alhamdulillah, beliau panjatkan kesyukuran kerana Allah swt beri dia peluang kedua. Ustaz Saidi nyatakan, kalaulah saya terukan niat saya, entah di mana tempat saya di akhirat kelak kerana membunuh nyawa seorang manusia yang juga punyai Kalimah Tauhid sama seperti saya.
Syukur sangat-sangat, rupanya kejadian tangkapan Adun Pas Selising dengan Isteri Ketua Cawangan Pas merupakan asbab atau hikmah tersendiri. Asbab untuk saya lihat sendiri dan untuk saya kenali siapa pemimpin pas sebenarnya. Allah swt buka HIJAB untuk saya keluar dari parti yang selama ini berselindung sebalik nama ISLAM !!
Ustaz Saidi juga menyatakan selama ini beliau hanya ambil sikap 'tutup telinga' bila moral Adun-adun Pas mula diperkatakan, sifat tamak mengumpul harta kekayaan dengan himpunan kawasan balak juga beliau tidak ambil kesah, baginya ketika itu mungkin untuk kegunaan parti maka Adun- adun pas di beri tanah balak. Kumpul isteri itu biasa bagi yang ada duit, sinis Ustaz Saidi bila aakj usik isu ramai YB Pas kawin lebih dari satu dan ada di antaranya nikah dengan orang luar negara.
Malah ketika cerita Mat Sabu ditangkap dengan isteri orang juga beliau beranggapan itu semua mainan kotor ahli UMNO dan BN !! sambil menggeleng kepala, bodohnya saya....taksub sangat-sangat katanya.
Kini setelah beliau keluar dari parti yang bertopengkan Islam, beliau mulakan usaha untuk 'tebus balik' segala kesilapan dan kealpaan beliau. Ustaz Saidi kini menjadi ahli UMNO Pasir Putih Kelantan dan sebagai menebus kesilapan lampau, beliau setiap hari akan pergi dari rumah ke rumah saudara mara, sahabat handai dan jiran sekeliling, meminta maaf atas kekhilafan lampau dan mengajak mereka meninggalkan Pas !
Alhamdulillah, dengan berkat doa dan usaha beliau bersama dengan Kumpulan Pendita, Ustaz Rujhan, kini telah lebih dari 3000 ahli Pas telah tinggalkan Pas dan masuk UMNO. Malah Ketua Muslimah Pasir Putih sendiri tinggalkan Pas kerana pendedahan kesesatan Pas oleh beliau dan Kumpulan Pendita.
Semalam, Ustaz Saidi ketika ceramah di Himpunan Selamat Tinggal PAS, Gaal, Pasir Putih malam tadi lagi sekali menyatakan hasrat ingin bertemu dengan Tun Mahathir.."Saya ingin mohon maaf dengan Tun.."
KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
ReplyDeleteJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI