Friday, 15 March 2013

SURAT PECAT CIKGU MOHD. LOTFI NOR

Cikgu Mohd. Ali Zuhrie
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Bahagian Pendidikan Guru,
Putrajaya.

Kepada,

YBhg. Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Putrajaya.

Y.Bhg. Tan Sri,

PECAT DENGAN SEGERA CIKGU MOHD LOTFI NOR YANG MENGGELAR PERAJURIT NEGARA YANG TERKORBAN SEBAGAI "ANJING" DAN "DOGGIE"

Saya dengan hormatnya menyampaikan perkara di atas kepada YBhg. Tan Sri dan Jawatankuasa Tatatertib, Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya hanya guru biasa sahaja, tetapi saya pernah bertemu YBhg. Tan Sri di pejabat YBhg. Tan Sri. Saya sangat faham YBhg. Tan Sri seorang yang berdisiplin, tekun dan mempunyai jati diri yang kuat. 
MULUT CIKGU MOHD. LOTFI NOR
2. Saya sebagai seorang guru, amat-amat malu dengan Kebiadapan seorang guru di Kelantan yang mengeluarkan kata-kata "Anjing" dan "Doggie" dan "Mati" ke atas perajurit-perajurit negara kita yang masih mempertarung nyawa mereka demi agama Islam, bangsa dan negara kita ini. Perbuatan Cikgu Lotfi bukan sahaja mencemar nama baik Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sendiri, tetapi turut menconteng arang kepada semua pegawai pendidikan yang berjumlah melebihi 300,000 di seluruh negara.

3. Tan Sri tidak sepatutnya mengambil pendekatan tunggu dan lihat, tetapi pihak Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan Jawatankuasa Tatatertib di Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah mengadakan Mesyuarat Tergempar dengan kadar segera. Bukan esok atau lusa. YBhg. Tan Sri bayangkan 10 Perajurit Negara yang terkorban dengan anak bini mereka hilang tempat mengadu sepanjang hidup mereka, tetapi seorang guru tergamak mengeluarkan kata-kata Anjing, Doggie, Mati dan sebagainya kepada perajurit negara kita. Apakah YBhg. Tan Sri juga tidak mempunyai hati perut dengan membiarkan kata-kata nista dikeluarkan oleh seorang kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia!

4. Apakah yang hendak dirisaukan dengan satu Cikgu Lotfi ini dibuang kerja kerana terdapat lebih 3,000 Guru Lepasan Ijazah yang masih menunggu untuk ditempatkan. Malah menjelang pertengahan tahun ini, lebih 8,000 Guru Lepasan Ijazah akan ditemuduga oleh Suruhanjaya Pelajaran Malaysia (SPP) dan semua mereka ini belum ada penempatan lagi. 

Buang sahaja Cikgu Lotfi ini kerana itulah kemahuannya sendiri, menunjukkan kegoan, kesombongan dan kononnya kehebatannya boleh menDoggie dan Menganjing Perajurit Negara kita di medan perang!

5. YBhg. Tan Sri, jika dibandingkan dahulu kenaikan pangkat guru-guru dari gred 41 ke 44 dan seterusnya ke 54 dan Jusa C bagaikan mimpi di siang hari kerana terlalu ramainya guru. Namun, hari ini seorang guru sangat mudah mendapat kenaikan asalkan mereka tekun, istiqamah dan bersabar. Dahulu gaji seorang guru DG41 hanya lebih kurang RM1,100 sahaja tetapi guru ijazah hari ini, baru bulan pertama melaporkan diri sudah mendapat gaji pokok kira-kira RM2,000 tidak termasuk pelbagai elaun-elaun. Malah, guru-guru diberi kelonggaran melanjutkan pelajaran mereka sehingga ke pringkat Master dan PhD. Hari ini sudah ada guru yang mendapat jawatan Jusa C. Pada saya, Cikgu Lotfi ini adalah antara guru yang Kurang Ajar, Memberi Contoh Buruk Kepada Pelajar dan Berlagak Besar...maka hukumlah dia supaya menjadi pengajaran kepada guru-guru yang lain. Apabila dia diberhentikan, barulah dia tahu tinggi langit!

6. Sebagai seorang guru, saya sangat-sangat malu berdepan dengan masyarakat. Adakah YBhg. Tan Sri tidak malu dengan perbuatan Cikgu Mohd. Lotfi Nor ini? 

Tidakkah YBhg. malu berdepan dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, bila mana beliau bertanya kepada YBhg. Tan Sri, Apa Tindakan Tan Sri...?

7. Saya mohon maaf kepada YBhg. Tan Sri jika kata-kata saya seperti tidak menghormati YBhg. Tan Sri. Saya seorang guru biasa, saya mahu YBhg. Tan Sri MENYEGERAKAN tindakan ke atas Cikgu Mohd. Lotfi Nor yang biadap ini. Jika ini pun YBhg. Tan Sri tidak boleh lakukan, saya sangat-sangat bersedih!!! 
PERAJURIT NEGARA KITA TERKORBAN, DAN CIKGU MOHD. LOTFI NOR KATA MEREKA INI ANJING DAN DOGGIE!!! APA PERASAAN KPPM & JAWATANKUASA TATATERTIB KPM???

Lihatlah gambar Perajurit yang dikelar di atas dan digelar Anjing, Doggie dan Mati oleh Cikgu Mohd. Lotfi Nor !!! Tutup Mata YBhg. Tan Sri dalam 10 saat, dan bayangkan Perajurit Negara kita Dikelar Leher mereka, dipancung kepala mereka, dikorek biji mata mereka, dilapah dan dikeluarkan hati dan jantung mereka...bayangkan Tan Sri...bayangkan...

***Nota: Gambar Perajurit Negara dikelar dikeluarkan untuk menghormati Arwah. Alfatihah kepada mereka. 

Salam hormat,


Yang benar,
      
     TT

Cikgu Mohd. Ali Zuhrie.
Guru Biasa.


SUMBER

No comments:

Post a Comment