Pakatan pembangkang yang bermegah kononnya hendak tawan
Putrajaya pada PRU-13 tidak ada calon yang mempunyai kredibiliti untuk
bertanding melawan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi tradisi
beliau Parlimen Pekan.
Ini berikutan mereka memperalatkan sekumpulan NGO yang
mendakwa mewakili golongan mahasiswa untuk bertanding mencabar Najib di kerusi
tersebut.
Agendadaily difahamkan, keputusan pembangkang itu dibuat
berikutan tidak ada calon yang sesuai anak tempatan untuk bertanding melawan
Najib, manakala calon luar dikalangan pemimpin politik pembangkang enggan
mengambil risiko kalah.
"Masing-masing sudah pasang badan hendak jadi YB, tidak
ada siapa mahu bertanding di Pekan yang sudah pasti kalah,"kata sumber.
Dalam kata lain, pembangkang dah menyerah kalah untuk
merebut kerusi Pekan dan objektif mereka bukan lagi hendak menang sebaliknya
cuba hendak malukan Perdana Menteri.
Pada Khamis Gerakan Mahasiswa PRU13 diketuai Syis Abdul
Kadir mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di Parlimen Pekan dalam
pilihan raya umum akan datang.
Mendakwa disertai beberapa gerakan mahasiswa lain antaranya
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia
(SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), Syis berkata calon akan diumumkan sebaik
sahaja Najib mengumumkan tarikh pilihan raya.
Semua maklum NGO-NGO yang disebut itu mempunyai 'link' yang
jelas kepada pembangkang dan tidak mewakili pandangan dan aspirasi golongan
mahasiswa.
Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Timbalan Presiden
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abd Rahman berkata
kedudukan Najib di Parlimen Pekan yang kukuh menyebabkan pembangkang, yang
lemah di Pekan, memerlukan sesuatu sebagai gimik bagi meraih sokongan politik
di kawasan itu dan seluruh negara.
"Saya kesal mengapa mahasiswa yang menjadi mangsanya
dalam perkara ini, tiada masalah bagi mahasiswa terlibat politik dan mahu
bertanding pada PRU akan datang, tetapi janganlah begini jadinya. Kumpulan itu
perlu menunjukkan politik yang matang berpaksi demokrasi yang sebenar.
"Bertanding di suatu kawasan adalah untuk membela nasib
rakyat seperti apa dilakukan PM (Najib), bukan bertanding hanya kerana mahu
memperlekeh PM atau menyatakan rasa tidak puas hati. Ini bukan demokrasi matang
yang sebenar," katanya.
Ezaruddin menegaskan kumpulan itu hanya mewakili sebahagian
kecil mahasiswa yang 'nakal' dan mahasiswa lain tidak akan sewenang-wenangnya
terpengaruh dengan perjuangan 'kosong' mereka itu.
"Saya nasihatkan mahasiswa supaya tidak mudah
terpengaruh dengan apa sahaja yang keluar daripada mulut pembangkang, fikir
secara logik tentang sesuatu isu yang ditimbulkan.
"Jangan biarkan diri menjadi 'kuda tunggangan' pihak
yang ingin memerah keringat anda. Mahasiswa ini tunjang masa depan negara, jadi
mereka kena mula bertindak sebagai tunjang bukan perosak negara," katanya.
Penganalisis politik dan hubungan antarabangsa Prof Datuk Dr
Zainal Kling berkata tindakan mencabar Najib di Parlimen Pekan sebagai tindakan
yang tidak menghargai kebebasan politik yang diberikan kepada mahasiswa
menerusi pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) baru-baru ini.
"Mahasiswa sepatutnya menggunakan kebebasan itu untuk
mendalami dunia politik negara sedalamnya. Bagi saya tindakan mahasiswa yang
ingin menjadi wakil rakyat adalah sesuatu yang baik untuk politik negara kita,
menunjukkan betapa generasi muda kita mahu membela nasib rakyat.
"Namun bila mahu bertanding lawan PM (Najib) itu
tindakan yang sengaja dilakukan atas tujuan tertentu, bukan niat membela nasib
rakyat atau mempelajari dunia politik. Lebih kepada cuba memperjuangkan
kepentingan pihak tertentu yang memang kita tahu siapa pihaknya," katanya.
Zainal yang juga Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba,
Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata kumpulan mahasiswa itu sebenarnya
terperangkap dalam permainan politik yang akan menghancurkan masa depan mereka.
"Ini satu permainan sebenarnya, mahasiswa itu rasa gah
bila mereka cabar perdana menteri. Itu nampak seperti mereka berperanan besar
dalam perjuangan disuap pihak itu, tetapi realitinya mereka hanya satu budak
yang boleh dikorbankan dalam catur politik pihak itu.
"Saya bimbang ia berterusan hingga mampu mempengaruhi
mahasiswa lain, namun amalan demokrasi tidak menghalang mereka. Jadi apa yang
penting sekarang jati diri mahasiswa itu sendiri perlu kukuh dalam menilai yang
mana kaca dan yang mana permata," katanya.
-Agendadaily
Note : Jangan lupa .. Azwan Ali ada hati nak lawan Najin tau !!
No comments:
Post a Comment