Saturday 9 February 2013

PKR SARAWAK TERIMA BERITA DUKA SEMPENA TAHUN BARU CINA




PKR Sarawak digemparkan dengan berita kurang enak menjelang PRU-13 apabila seramai 65 ahli PKR Cawangan Kabong bertindak keluar parti beramai-ramai dan menyertai Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP). Ini semua kerana PKR telah mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan ahlinya biarpun sebelum ini banyak janji manis ditaburkan.

Bekas Pengerusi PKR Cabang Kabong, Ismail Hussain, 65, yang turut mewakili kumpulan berkenaan bahawa mereka nekad meninggalkan PKR ekoran tindakan pemimpin PKR yang langsung tidak menghiraukan kebajikan mereka malah seringkali memburukkan pemimpin BN walaupun mereka bekerja untuk rakyat.

Menurut Ismail lagi, dirinya telah dipilih rakyat di kawasan Kabong pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu untuk menjadi pemimpin PKR di Kabong. Biarpun dilantik rakyat di kawasan itu, jelas Ismail lagi perlantikan itu tidak diluluskan oleh pihak pengurusan PKR.

Tindakan itu benar-benar memalukan dirinya dan ahli-ahli PKR Cabang Kabong secara keseluruhannya. Difahamkan PKR Sarawak mahu ‘orang’ mereka yang mengetuainya supaya senang diarahkan dalam kerja-kerja politik.

Atas sebab di atas, Ismail Hussain dan beberapa orang ahli-ahli PKR Cabang Kabong keluar parti dan memilih SPDP-BN sebagai wadah politik mereka untuk selamanya. Tiada lagi PKR dalam hati mereka kerana perjuangan mereka hanya untuk Anwar Ibrahim dan bukannya rakyat.

Manakala di pihak SPDP menerusi Presidennya, Tan Sri William Mawan ak Ikom sangat mengalu-alukan penyertaan bekas-bekas ahli PKR Cabang Kabong untuk menyertai SPDP. Ini penting bagi mengukuhkan BN dalam menghadapi PRU-13 yang dijadualkan akan diadakan pada tahun ini.

Seolah-olah tidak berhenti di situ, Ismail mengajak ahli-ahli PKR di seluruh Sarawak supaya sedar bahawa mereka ini telah diperbodohkan hanya kerana perjuangan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Tidak lebih dari itu.

Segala janji-janji Anwar Ibrahim di Sarawak hanyalah gula-gula politik untuk menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan mereka. Seperti mana Anwar Ibrahim, begitu jugalah pemimpin PKR lain di Sarawak yang seolah-olah sudah termakan dengan jasa Anwar Ibrahim sehingga sanggup memfitnah pemimpin BN terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

No comments:

Post a Comment