Ketua MENTERI Pulau Pinang dilihat sekali lagi terjerat
dengan helahnya apabila mengumumkan dengan terperinci bilangan rumah, harga
serta keluasan "rumah mampu milik" yang akan dibina di Jalan SP
Chelliah dan Bandar Cassia, Batu Kawan.
LGE telah menyatakan bahawa hanya 82 unit rumah "Mampu
Milik" akan dibina di jalan SP Chelliah tetapi dia telah megelirukan
rakyat miskin apabila tidak menyatakan bahawa harga bagi rumah2 lain selain
rumah bernilai RM72500 adalah amat tinggi iaitu RM250 ke RM333 sekaki persegi
bagi rumah bernilai 200 ribu dan 300 ribu.Kos keseluruhan pembangunan kasar
bagi kedua-dua tapak adalah hampir 300 juta.
Turut menjadi persoalan adalah dia juga mengumumkan bahawa
tabung perumahan mampu milik bernilai 500 juta digunakan untuk membangunkan
perumahan ini. Jika sudah mempunyai 500 juta daripada tabung perumahan mampu
milik, mengapa pulak Kerajaan Negeri DAP masih mengambil keuntungan sebanyak
300 juta apabila menawarkan harga yang tinggi bagi rumah mampu milik di jalan SP
Chelliah dan Bandar Cassia.
Yang lebih membingungkan adalah apabila Kerajaan Negeri juga
turut mengumumkan pada Disember 2012 bahawa Tabung bumiputra negeri akan
digunakan untuk membina 320 unit rumah mampu milik untuk bumiputra.di jalan SP
Chelliah. Bagaimana pula harga yang ditawarkan kepada bumiputra dan bukan
bumiputra adalah sama dan mungkinkah wang tabung amanah bumiputra turut
digunakan untuk membina rumah mampu milik yang akan dimiliki oleh bukan
bumiputra. Kerajaan negeri perlu jelaskan dengan terperinci kemanakah dan
bagaimanakah tabung amanah tersebut digunakan. Dengan hanya 320 unit rumah
mampu milik untuk bumiputra yang bernilai RM23.2 juta, kemanakah perginya baki
wang amanah perumahan bumiputra yang menjangkau lebih 50 juta.
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang berharap Rakyat Pulau
Pinang tidak terkeliru daripada kenyataan LGE yang acapkali cuba mengaut
keuntungan daripada rakyat pulau pinang terutamanya rakyat miskin PP. Rakyat
perlu bangun untuk mendesak LGE agar tidak mengambil keuntungan daripada rakyat
miskin PP dalam hal Perumahan Mampu Milik tidak kira daripada bangsa apa pun.
Ternyata dan Terbukti bahawa LGE sangat licik dalam menipu
dan bermain dengan angka yang entah dari mana asalnya.Dia masih tidak dapat
menjelaskan dimana 11596 unit rumah mampu milik yang dikatakan dibina oleh PDC
dalam akhbar buletin mutiara. Timbul pulak sekarang angka baru yakni 19172 unit
rumah mampu milik yang kononnya diusahakan kerajaan negeri. Adakah
"diusahakan" membawa maksud "Hanya Meluluskan".
Ir.Dr.Shaik Hussein Mydin
KP UMNO PP
No comments:
Post a Comment