Politik-politik juga... tapi tindakan Setiausaha Agung DAP
Lim Guan Eng cuba provok orang ramai supaya datang ke Majlis Sambutan Tahun Baru
Cina anjuran BN Pulau Pinang minggu depan dengan baju Bersih macam nak cari
gaduh saja.
Boleh faham memang Guan Eng cemburu habis apabila dengar BN
Pulau Pinang mahu bawa penyanyi k-pop terkenal Korea Selatan Psy sebagai
penyeri acara tersebut.
Ini kerana memang boleh jangka orang muda terutamanya kaum
Tionghua akan datang beramai-ramai, sebab la ni memang musim demam 'Oppa
Gangnam Style'.
Sebab itu dari segi logiknya, Guan Eng tahu, beliau tidak
boleh halang orang ramai hendak datang, sebab itu dia cuba provok dengan minta
orang ramai pakai warna kuning melambangkan Bersih, merah untuk Pulau Pinang
dan hijau untuk alam sekitar.
Nampak sangat hati dengki pemimpin DAP ini.
Guan Eng dipetik berkata "Pulau Pinang mendahului
sekali lagi dengan kedatangan Psy ke Malaysia. Kita boleh kata bahawa kali
pertama Psy datang ke Malaysia, beliau datang ke Pulau Pinang,".
Dengan nada menyindir Guan Eng menjemput orang ramai ke
majlis tersebut kerana "makan-minum serta hiburan percuma,".
Sebelum ini, BN Pulau Pinang menjangkakan kehadiran lebih 60
ribu penonton di padang sekolah Han Chiang tempat di mana majlis tersebut
diadakan pada 11 Febuari nanti.
Lebih menarik lagi, pemilihan lokasi tersebut iaitu padang
sekolah Han Chiang yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan
Raya 2008 lalu.
Padang sekolah Han Chiang adalah tempat perhimpunan terbesar
DAP dan sekutunya semasa kempen Pilihan Raya 2008.
Strategis BN dipercayai menggunakan pakai pepatah lama Cina
"di mana kamu jatuh, di situ kamu bangun semula" ketika membuat
keputusan untuk mengadakan Sambutan Tahun Baru Cina di padang sekolah
persendirian Cina tersebut.
DAP sebelum ini menciplak musik 'Oppa Gangnam Style' untuk
buat video komedi memburukkan Malaysia. Video tersebut ditayangkan
sebahagiannya ketika Kongres Nasional DAP Disember lalu.
sumber : brojinggo
No comments:
Post a Comment