Friday, 1 February 2013

Hapuskan Institusi Raja Melalui Kerabat?



hapus
Apabila terdedah bagaimana cubaan DAP yang pernah mencuba memancing Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ini membuktikan bertapa DAP benar benar mahukan Malaysia menjadi sebuah republik, bila mana Sultan atau Raja hanya akan bertaraf Menteri sahaja ini cara halus DAP mahu merendahkan peranan raja raja Melayu.
Ini jelas menunjkkan DAP tidak mahu tunduk pada kuasa Raja Raja Melayu, oleh kerana itu taraf Sultan dan Raja perlu di rendahkan bagi memudahkan mereka menafikan hak mutlak Sultan dan Raja raja Melayu dan juga membuktikan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja raja.
Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan politik kepada baginda adalah perlakuan biadap.
Bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja.
Jadi jika kerabat diraja boleh di perkudakan dengan jawatan politik maka lama kelamaan Intitusi beraja akan terlupus dengan sendirinya.
Ramai kini sedar bahawa selepas PRU12 yang lalu dan terbukanya hijab Anwar Ibrahim yang nyata menjadi ulu kepada kapak yang membelah kayu telah memberi ruang kepada penyokong mereka dengan beraninya menzahirkan kebencian kepada apa sahaja yang berbau Melayu. Sahinggakan berpakaian ‘ala Melayu – Islam’ semasa pembukaan sidang Dewan pun mereka boleh enggan patuh pada peraturan dewan walaupun hanya sekadar untuk menyambut baginda Sultan bagi perasmian Persidangan Dewan Rakyat.
..selanjutnya baca disini..
Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net

No comments:

Post a Comment