Wednesday 6 February 2013

Guan Eng nafi adik perempuannya bakal calon PRU13


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan adik perempuan bongsunya, Lim Hui Ying akan dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Star of Lim Guan Eng Jr Boobies Groping Sex Scandal " ?
Beliau berkata, ketika menghubungi pagi tadi, adiknya menyatakan tidak berminat menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

"Laporan yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris itu adalah satu pembohongan. Saya harap akhbar itu dapat menghentikan pembohongan melibatkan ahli keluarga saya," katanya pada sidang media hari ini.

Dalam laporannya, akhbar itu menyebut Hui Ying yang mempunyai jawatan sebagai Penolong Sekretariat DAP Pulau Pinang adalah antara muka baru yang akan bertanding dalam PRU13.

Ia turut menyebut adik bongsu lelaki Exco Kesihatan dan Kebajikan, Masyarakat dan Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Chee, 47, akan dicalonkan mewakili parti itu dalam PRU13.

Sementara itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang hadir pada sidang media itu menjelaskan bahawa adik Guan Eng bukan antara 45 calon yang berpotensi untuk disenaraikan oleh parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

"Semua calon yang dikenalp asti sudah ditemu ramah oleh parti. Bagaimanapun, adiknya tidak ditemu ramah dan ini bermakna dia tidak termasuk dalam senarai itu," katanya. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment