Wednesday 6 February 2013

GANESAN SPEAKER PERAK SAMAN MALU RM25 JUTA TERHADAP 5 ADUN DAP!

Padan muka hangpa wahai adun DAP! Selama ini korang dok saman orang lain kan? La ni turn korang pulak kena saman, kali ini dari manusia yang korang fitnah dia dengan video kosong tenmpohari. Mari kita baca kat bawah ni:

Speaker Perak, Datuk R Ganesan hari ini memfailkan saman malu terhadap lima wakil rakyat DAP berhubung penerbitan dan pengeluaran video cakera padat (DVD) salah laku seks yang didedahkan dalam satu sidang media ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung pada Disember lalu. 

Ganesan memfailkan writ saman tesebut melalui peguam caranya, Azad Bashir di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh, kira-kira jam 1 petang tadi bagi membersihkan namanya yang tercemar akibat penerbitan dan penyebaran DVD berkenaan. 

Lima wakil rakyat DAP yang berhadapan tuntutan saman itu ialah Adun Tronoh, V Sivakumar; Adun Buntong, A Subramaniam, Adun Menglembu, Lim Pek Har; Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming. 

Bercakap kepada pemberita, Ganesan menegaskan pada sidang akhbarnya pada 21 Disember, beliau telah memaklumkan akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah menerbit dan menyebarkan video salah laku membabitkan dirinya. 

“Pada 22 Disember lalu, saya telah membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan dan saya juga melalui peguam cara pada 15 Januari lalu telah mengeluarkan surat tuntutan terhadap lima wakil rakyat terbabit untuk menarik balik perkataan dan meminta maaf atas terma-terma tertentu.

Baca seterusnya di Perak Today....

No comments:

Post a Comment