"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada
sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa
Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."
Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu
ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.
Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu
terdesak memohon menggunakan istilah Arab "Allah" menggantikan
"Tuhan"? Kenapa minta di depan Anwar ? Kenapa baru sekarang dan tidak
dari dahulu lagi ?Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon
kalimah Arab "Rab" yang bermaksud "Tuhan" dan kenapa hanya
pohon kalimah "Allah" ?
Saya melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang
berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu
supaya tidak dapat membezakan kalimah "Allah" dalam Bible dengan
kalimah "Allah" dalam Al Quran ? Motifnya seperti mahu merencanakan
projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran.
Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan
bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah
telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Kebanyakan
Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa - bukan
seperti Kristian zaman sekarang.
Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan
Christian Orthodox , seperti di Palestine, Lebanon , Syria , Jordan dan
sebagainya.Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan ‘Allah ‘
terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek.Maka jelaslah penafian ini
menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam
Bible sejak dari dahulu lagi. Buktinya baca disini... .
Persoalannya;
1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu
menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri,
menolak kalimah "Allah" di dalam Bible asal?
2) Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ?
Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa
digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada
Allah ?
3) Adakah dengan menggantikan kalimah "Allah",
Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima
kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam Bible ?. baca disini...
Maka jelaslah, pada saya, usaha penukaran istilah Tuhan di
dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda
tersirat yang berniat jahat Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi
keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu,
orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah
Allah di dalam kitab Bible.
Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut
pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible
secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”.Bolehkah
kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar
mengikut citarasa manusia ?
Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’?Berlainan
dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di
dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa
asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat
Al-Quran itu.
Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang
telah di’edit’ dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya
berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh
Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”Apakah niat sebenar Anwar,
untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu
meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah "Allah"
diperjudikan ?
Oleh itu, tindakan kerajaan Malaysia menolak penukaran
istilah Tuhan di dalam Bible kepada Allah memang tepat dan merupakan tindakan
yang bijak. Semoga ketulenan dan kesucian agama Islam serta kesejahteraan umat
Islam di Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah , Ameen ya rab Al’Alameen.
Suara Politik
Belantan
No comments:
Post a Comment