Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak
pakatan pembangkang termasuk parti PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU)
ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap
rakyat dan umat Islamdi negara ini.
Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti PAS ialah
membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji
kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan
kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan PAS
sendiri.
Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad
Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP) merupakan
antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat. "Kalau saya dahulu
mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka
yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis 'Bekwoh' Rakyat Bersama
Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, Jumaat.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk
Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MCA
Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Kelantan
Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham
Abdul Aziz.
Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut.
Menyentuh mengenai PAS mempermainkan matlamat perjuangannya,
Najib berkata sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini
tetapi demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah kepada
dasar negara berkebajikan.
Katanya jika dahulu PAS menghentam cara Barisan Nasional
(BN) berkongsi kuasa dengan parti lain tetapi kini mereka juga mengambil
langkah yang sama dengan DAP dan ia jelas membuktikan sikap sebuah parti yang
berubah-ubah demi mahukan kuasa. Beliau berkata kehadiran besar rakyat Kelantan
pada majlis itu membuktikan mereka telah bersedia pada bila-bila masa untuk
menolak PAS pada pilihan raya umum kali ini.
"Kita mahukan transformasi bukan reformasi.
Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada
rakyat," katanya. Perdana Menteri berkata cara bijaksana kerajaan
mentadbir negara telah menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi
negara telah mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus.
"BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat
bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang
kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat," katanya.
Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam
manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan. "Satu ubat semua
boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi
pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa
kepada negara.
"Dan oleh itu yakinlah kepada BN," katanya.
Najib berkata kehadirannya untuk merasmikan Majlis Pecah
Tanah Program Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu, adalah
mencerminkan ketelusannya kepada rakyat melalui slogan 'Janji Ditepati'.
-BERNAMA
KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,RUSLAN KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
ReplyDeleteJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI RUSLAN SALEH NMR (_0_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI