Sunday, 17 March 2013

Tanya pada pokok, perut 'Bang Non' boroi ke tak?



Agak mengejutkan juga semalam apabila gambar-gambar aksi yang menjijikkan telah disiarkan oleh sebuah blog baru yang tidak diketahui motifnya! Para penyokong Anwar Ibrahim cuba menyatakan bahawa penyiaran gambar-gambar berkenaan adalah bertujuan untuk terus memalukan Anwar Ibrahim.

Namun yang menariknya, portal rasmi PAS, HARAKAH Daily merupakan antara yang terawal menyiarkan gambar-gambar tersebut dari blog 'misteri' berkenaan seolah-olah ingin memberi isyarat bahawa PAS sebenarnya sudah tidak percaya dengan Anwar Ibrahim lagi. Sekaligus membenarkan apa yang pernah disuarakan oleh Mat Sabu pada tahun 1997 lalu bahawa suatu hari nanti, 'MENTERI KABINET MALAYSIA YANG PERTAMA MATI AKIBAT AIDS'.

Dan jika kita perasan sejak kebelakangan ini disetiap ceramah PAS, pada setiap banner sudah tidak ada lagi gambar Anwar bersama dengan pemimpin PAS sepertimana selalunya! Pelik tapi memang benar?

Bagaimanapun, pagi tadi, selepas beberapa jam selepas disiarkan, HARAKAH Daily telah menarik keluar artikel berkenaan. Mungkin kerana terdesak, para penyokong Anwar telah memulakan putar belit fakta dan melakukan serangan terhadap UMNO dan BN di laman-laman blog, portal dan Facebook untuk menunjukkan kononnya gambar-gambar tersebut adalah angkara UMNO! Sila baca di SINI.

Seperti biasa apa-apa sahaja pendedahan tentang Anwar Ibrahim, semuanya adalah salah UMNO! Namun hari ini, penafian telah dibuat oleh Anwar Ibrahim apabila diajukan persoalan berhubung gambar-gambar terbaru itu oleh wartawan dalam satu sidang akhbar. Dan seperti biasa, Anwar membuat penafian mudah bahawa ORANG DALAM GAMBAR-GAMBAR TERSEBUT BUKANLAH DIRINYA.

Alasan yang diberi adalah didalam gambar tersebut, 'DIA TIDAK BOROI'( bermakna Anwar BOROI sekarang )! Mungkin kita masih ingat sebelum ini ketika video seseorang yang mirip macam Anwar juga melakukan 'adegan melampau' dengan seorang pelacur. Dalam satu sidang akhbar Anwar dengan cepat menafikan 'pelakon' tersebut bukanlah beliau kerana pelakonnya berperut BUNCIT (Boroi)!

 
Anwar turut berdiri ketika itu untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Ketika itu Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan! Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi. Sambil memberi alasan bahawa pada masa itu video dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.

Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.
Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya. "Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya.

Kesimpulannya, jika Anwar mengatakan pelakon dalam gambar terbaru bukan dirinya kerana 'DIA TIDAK BOROI' sebagaimana dirinya sekarang yang 'BOROI', maka siapakah pelakon lelaki yang 'berperut BUNCIT/BOROI' beraksi bersama pelacur dari China sebelum ini!

Meludah kelangit, terpecik kemuka sendiri? Mengaku saja lah Anwar...sampai bila nak menafikan lagi!!!!

Suara Politik
Belantan

No comments:

Post a Comment