Empat rakyat Malaysia didakwa telah tawan oleh kumpulan
penceroboh bersenjata di Semporna, lapor stesen radio Filipina pada Ahad.
Terdahulu, pihak berkuasa Malaysia mengatakan mereka telah
menawan tiga penceroboh Filipina itu diikuti dengan pertempuran di tiga lokasi
di Sabah yang menyebabkan kematian lima anggota polis dan dua anggota kumpulan
penceroboh.
Kumpulan bersenjata yang mendakwa mereka sebagai Tentera
Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III, berkata kepada pemberita di Bandar Taguig,
lapor stesen radio Filipina 'dzBB Divine Caraecle'.
Jamalul dipetik sebagai berkata dia tidak mengarahkan
serangan terhadap pihak berkuasa Malaysia dan menegaskan pengikutnya juga
diarahkan untuk menghormati hak rakyat Malaysia yang ditawan itu.
Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebelum
ini dilaporkan berkata berlaku tiga insiden di tiga lokasi berlainan iaitu
penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan
pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di
Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di
Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.
"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera
Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil
kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu," katanya pada sidang akhbar di
Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.
"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan
selanjutnya."
Ismail turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai
khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku
di negeri ini.
Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian
melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media
sosial dan komunikasi lain.
Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis
tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.
Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata
bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua
lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa
kawasan di kawasan pantai timur negeri itu. -Mstar
No comments:
Post a Comment