Mengikut sumber yang kami perolehi, keadaan di kawasan pertempuran berada dalam keadaan tenang diwaktu ini.
Namun, keadaan berjaga-jaga di tingkatkan kerana sebarang kemungkinan boleh terjadi.
Melihat kepada foto yang kami terima, amat menyayatkan hati walaupun foto tersebut merupakan timbunan anggota tentera penceroboh berbangsa Sulu.
Kaum Sulu adalah kaum yang beragama Islam seperti juga majoriti penduduk Malaysia yang beragama Islam.
Namun, demi mencapai kuasa dan tampuk pemerintah dengan kaedah peperangan maka hasilnya adalah seperti yang dapat kita lihat.
Demikian itu adalah menjadi tradisi semenjak zaman mendapatkan kemerdekaan, Malaysia sentiasa mengamalkan sikap diplomasi dan rundingan dari memilih kaedah kekerasan jauh lagi dari peperangan.
Semoga, umat Islam Malaysia dapat mengambil iktibar dari apa yang berlaku sewaktu ini di Lahad Datu.
Semoga Allah senantiasa melindungi dan merahmati bumi Malaysia tercinta.
No comments:
Post a Comment